Menyulam cinta halal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 12 November 2014

Lesu tak bertenaga seperti mayat hidup? Part 2

Okeh entry kalini kesinambungan dari entry sebelum ini iaitu  set tambah tenaga Shaklee. Sebelum ni liza terang tentang Vitalea ja jadi harini liza nak cerita tentang geng2 dia yg lain iaitu b complex,vitamin c dan esp yg berkesan memberi tenaga kepada anda.



B COMPLEX

Bcomplex adalah vitamin yang diconsume di waktu pagi kerana ia akan membantu supaya lebih tenang (vitamin anti-stress), bertenaga dan bersemangat untuk memulakan hari. B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protien, lemak dan karbohidrat kepada tenaga manakala asid folik dan B12 membantu pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh. Lengkap untuk keperluan sel, menjadikan sistem tubuh bekerja dengan sempurna. B-Complex dioptimumkan dengan pengambilan bersama vitamin C.







VITAMIN C 

Vitamin seperti juga BComplex, mudah larut dan musnah dalam badan. Oleh itu, bekalan vitamin C yang berterusan amat penting untuk menyokong segala proses dalam badan. Vitamin C menyokong kesihatan tulang, gusi dan gigi serta kesihatan keseluruhan. Individu yang sering rasa penat, letih, lesu dan tidak bermaya mungkin kekurangan vitamin C.


ENERGY SOP PROTEIN 


Energy Soy Protien (ESP) adalah protien sihat yang memberikan bekalan tenaga berterusan manakala sifatnya  rendah glisemik indeks yang memberikan rasa kenyang lebih lama. Pengambilan susu bersama ESP dan kurma memberi badan lebih tenaga untuk bekerja dengan produktif sepanjang pagi. Prof Muhaya, ada memberikan resepi istimewa yang beliau amalkan setiap pagi demi mendapat khasiat dan nutrisi lengkap pagi hari.




Bagi yang mahu dapatkan produk Shaklee ini,anda boleh hubungi saya di Pm/Email/Whatsapp/wechat/line/telegram liza : 017-4342965 facebook : https://www.facebook.com/laliza89 pages : https://www.facebook.com/Gurunsid : https://www.facebook.com/falizashop2013 email : ku_marzaliza@yahoo.com cod : sekitar sg petani.gurun dan sewaktu dengannya,

Tips tampil hot depan suami

Banyak persepsi yang menyatakan kalau wanita seksi itu adalah wanita yang memperlihatkan sebagian tubuhnya yang menarik, seperti memperlihatkan paha, payudara, dan sebagainya. Padahal menurut suami, seksi itu bukan hanya bisa menarik di depan mereka.
Suami menganggap, seksi yang sebenarnya adalah kepercayaan diri yang bisa membuat seorang wanita itu merasa pintar, lucu dan memiliki kehidupan yang baik dari kebiasaan baik yang dilakukan setiap harinya.


Berikut kami rangkum 9 cara agar merasa seksi di depan pasangan Anda

1. Rawat diri Anda

Memiliki kepribadian tomboi bukan alasan untuk tetap bersih. Setiap wanita harus bisa merawat dirinya. Coba biasakan mandi air hangat, pijat tubuh Anda dengan lotion, biarkan tubuh Anda istirahat yang cukup.

"Saya menyikat kulit dengan sikat lembut setiap pagi saat bangun tidur. Itu membuat kulit saya merasa jauh lebih hidup," kata Mary-McGuire Wien dari New York City.

2. Beli Bra terbaik
Menurut Marx, Bra adalah investasi yang semestinya dilakukan oleh wanita. Dengan mengenakan pakaian dalam terbaik, bisa membuat wanita merasa lebih percaya diri

3. Buat riasan gelap pada mata

Kenakan eyeliner hitam dan riasan smoky eyes dan acak sedikit rambut Anda agar mengesankan Anda sedang menggodanya.

4. Tiru gaya wanita favorit Anda

Berpura-puralah menjadi aktris seksi seperti Eva Mendez dan lainnya untuk menarik perhatian suami. Karena dengan berpura-pura menjadi mereka, Anda bisa tampil percaya diri di depan suami.

5. Masak bersama pasangan

Hal ini paling menyenangkan adalah memasak bersama. Membuat diri seolah-olah chef dan membuat masakan dengan rasa cinta kepada pasangan.

6. Jangan terlalu memaksakan diri

Memang semua wanita menginginkan dirinya bisa seksi apalagi di depan pasangannya. tapi ketahuilah, jangan memaksakan diri terhadap apa yang Anda lakukan, misalnya diet atau gym berlebihan.

"Ada kalanya seorang wanita juga lelah mengurus dirinya dan ingin makan semangkuk besar popcorn, kata Marx.

7. Cintai diri Anda

Berdirilah di depan cermin dan katakan semua hal baik tentang Anda di depan cermin. Ini bisa membuat Anda lebih percaya diri.

8. Kenakan pakaian nyaman

Kenakan pakaian yang Anda anggap nyaman. Seksi bukan berarti Anda mengenakan stoking jala setiap hari. Apalagi ketika Anda duduk, jangan mengesankan ke suami kalau Anda tidak bagus dalam hal selera berpakaian .

9. Pakai parfum yang sesuai dengan kepribadian Anda

Untuk membuatnya nyaman berada di dekat Anda, coba pakai parfum yang bisa membuat pasangan Anda mengingat Anda terus menerus. Dan jika Anda sudah menikah, coba semprotkan parfum di diri Anda seperti leher dan sedikit di telinga.

info dari : https://www.facebook.com/notes/708670779177144/

Tuesday, 11 November 2014

Lesu tak bertenaga seperti mayat hidup?

Selalu penat dan keletihan dengan kerja seharian? Sampai kalau lena tu tak sedar bom meletup?huhuuu... Tahukah anda jika anda selalu keletihan dan lesu akan mengganggu pergaulan seharian anda.? 


kenapa pula ya?

okeh liza bagi contoh.
Jika anda sering letih..tak cukup tidur,bila anda ke tempat kerja anda akan kurang fokus. Sekiranya rakan kerja berbual anda akan ketinggalan dan hanyut dengan dunia sendiri. Jadi ini mungkin membuatkan rakan anda menjauhi anda 

Jika dirumah,sekiranya anda kerap letih dan lesu. Anda akan kurang berkomunikasi drngan anak2 dan pasangan. Maka hubungan kekeluargaan akan terjejas..

maka oleh itu anda haruslah mendapatkan tenaga yg secukupnya untuk tampil sihat dan aktif. Shaklee menawarkan set tambah tenaga untuk anda. Perlu diingat yer..vitamin bukan dadah.,dimana boleh memberikan tenaga serta merta.

Set vitamin yg dicadangkan oleh Shaklee ialah,

vitalea
b-complex 
esp
vitamin c.

tapi harini liza nak fokus untui vitalea dahulu yer



Multivitamin untuk Tambah Tenaga (Vitalea Shaklee)

Vitalea mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang dirumus khas untuk memenuhi keperluan mikronutrienorang dewasa. Insyaallah sangat membantu peningkatan kesihatan sekiranya diambil secara berterusan. Ia dilengkapi dengan zat besi untuk pembentukan lebih banyak sel Farah merah, mengelakkan anemia dan meningkat paras HB. Selain itu, ia turut mengandungi Magnesium, kalsium, fosforus, vitamin C dan Vitamin D yang menyokong kesihatan tulang.   


Vitalea adalah multivitamin Shaklee yg terkenal dengan khasiatnya untuk menambah tenaga. Ramai kaum wanita dan isteri khususnya suka order Vitalea dengan liza sebagai vitamin wajib mereka,kerana percaya dengan keberkesanan vitalea dalam memberi tenaga kepada mereka.

Bagi yang mahu dapatkan produk Shaklee ini,anda boleh hubungi saya di Pm/Email/Whatsapp/wechat/line/telegram liza : 017-4342965 facebook : https://www.facebook.com/laliza89 pages : https://www.facebook.com/Gurunsid : https://www.facebook.com/falizashop2013 email : ku_marzaliza@yahoo.com cod : sekitar sg petani.gurun dan sewaktu dengannya,

Kurus Melidi tapi bukan lidi

Panggilan si keding,si kurus,papan lapis ,mayat hidup dan lain2 lagi pasti menyakitkan hati kan? Bukan tak makan,tapi makan lebih dari orang lain,tapi berat badan still tak naik?

okeh... liza rasa tak semua orang nak kurus kan?pastu ada jugak yg nak berisi tak pun ada potongan sikit.. disini liza nak kongsi cadangan dari Shaklee set untuk menaikkan berat badan dan mendapat bentuk badan sempurna anda! Iaitu mealshake,b-complex dan vitalea.

Meal Shake - membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. Sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein.






Vitamin B complex - mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan. mengawalatur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.



Vitalea - membekal 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@ beguk(penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea kita), supplement penting untuk diet atau slim yang mana walau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang, mengelak pitam dan pening.



Ramai telah berjaya mendapatkan berat badan ideal mereka,anda bila lagi?dapatkan set naik berat ini dari Liza segera dan buang perkataan papan dari kamus hidup anda. :)


Bagi yang mahu dapatkan produk Shaklee ini,anda boleh hubungi saya di Pm/Email/Whatsapp/wechat/line/telegram liza : 017-4342965 facebook : https://www.facebook.com/laliza89 pages : https://www.facebook.com/Gurunsid : https://www.facebook.com/falizashop2013 email : ku_marzaliza@yahoo.com cod : sekitar sg petani.gurun dan sewaktu dengannya,

Kes Buli menjadi-jadi,apa peranan ibubapa? Part 2

Okeh entry kalini adalah kesinambungan dari entry sebelum ini iaitu entry ini. Okey,straight to the point jum kita tengok langkah ke 5 dan seterusnya.


Langkah 5 - Guna masa positif bersama anak

a.    Cuba berusaha untuk mencari masa yang positif bersama anak daripada kebiasaan. 
b.    Galakkan anak bercakap mengenai dirinya dan perasaannya. 
c.    Tanya anak mengenai aktiviti yang telah berlaku. 
d.    Banyakkan memberi pujian kepada anak. 
e.    Beri peluang kepadanya untuk melakukan yang terbaik.- conthnya membantu ibu bpa membuat kerja rumah, membuat tanggungjawab baru atau menunjukkan kemahiran atau bakat baru.

elak buli

Langkah 6 - Beri kemahiran menahan diri

a.    Bantu anak mempunyai kemahiran menahan diri (resistance). 
b.    Buat main peranan kepada anak apa yang perlu diperkatakan dan lakukan apabila berjumpa pembuli. Disini ada beberapa idea awal:•    berdiri tegak dan lihat matanya, dan cakap dalam suara tegas dan yakin, “Tinggalkan saya!” atau “Tolong jangan buat! Saya tak suka!” 
•    beritau tentang sesuatu yang lawak ( Tetapi jangan  melakukan sesuatu yang menyindir atau make fun of the bully)
•    tenang dan berjalan terus. Elok pergi ke arah orang ramai atau kumpulan rakan anda. 
•    jika anda rasa ada bahaya , LARI sekuat hati.
•    beritau orang dewas. 
•    Juga sentiasa berdoa kepada Allah  SWT untuk mengelakkan perkara buru. Bagi anak Muslim bacalah Allah Akhbar, Ayat Kursi.Minta anak anda bertanyakan kepada guru atau kaunselor di sekolah jalan penyelesiaan yang lain. Tanya juga kepada anak anda lain-lain cadangan. Banyak candagan adalah suatu yang baik dan hebat jika ia berkesan.


Langkah 7 - Beri kemahiran sosial

a.    Cuba hantar anak anda ke kelas yang mengajar: 
i.    kemahiran asertif, 
ii.    kemahiran bersahabat,
iii.     kemahiran menahan diri( self-defense).PENTING: Kelas pertahanan diri bukanlah untuk menjadi seorang yang agresif. Ia mengajar anak-anak mengenai bagaimana mengelakkan konflik melalui disiplin diri, kawal diri, dan membaik yakin diri.  Kebanyakkan seni pertahanan diri mengajar mengenai pertahanan yang tidak ganas. ( non-violence).b.    Sekiranya anak anda kurang mempunyai rakan, aturkan supaya dia boleh mengikuti kelab remaja dan lain yang disukainya. Ini membantu meningkatkan yakin diri dan membina kemahiran sosial. Anak-anak yang yakin dengan kemahiran bersosial jarang dibuli.


cara atasi buli

Langkah 8 - Berdoa kepada Tuhan yang ESA

1.    Selalulah berdoa kepada Allah SWT untuk mendapat petunjuk. 

Doa adalah memohon sesuatu kepada Allah Tuhan yang Esa. Amalan berdoa disuruh Allah dalam firman bermaksud:“Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.  Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina.” (Surah Ghafir, ayat 60)Doa adalah kekuatan dan harapan. Hadith Nabi Rasulullah SAW bermaksud:            “Doa itu senjata orang mukmin

Dadah tidak membantu atasi stress

Jika sebelum ini liza penah buat entry mengenai cara atasi stress jika yg belum baca tu boleh rujuk entry ini cara atasi stress. Kalini liza nak share tentang Vitamin Shaklee yang mampu untuk hilangkan masalah mereka yang kerap stress. Jangan ambil jalan singkat dengan mengambil ubatan atau dadah yang terlarang. Merana jiwa okeh,

Selalunya apa yg membuat kita stress? Antaranya seperti tekanan seharian di tempat kerja,dirumah suri rumah stress dengan kerja-kerja rumah dan selain itu juga faktor pemakanan yg kurang sihat,Oleh itu Shaklee menawarkan untuk anda B-complex Shaklee yang berkesan untuk atasi masalah stress anda.



Apakah kandungan B-Complex Shaklee??


Vitamin B Complex terdiri daripada lapan vitamin B yang penting dan beberapa bahan-bahan yang berkaitan. Lapan vitamin itu adalah:

1.Vitamin B1 (thiamine)
2.Vitamin B2 (riboflavin)
3.Vitamin B3 (niasin)
4.Vitamin B5 (Pantothenic asid)
5.Vitamin B6 (pyridoxine)
6.Vitamin B7 (Biotin)
7.Vitamin B9 (asid folik)
8.Vitamin B12 (cyanocobalamin)


Bagaimana B Complex Shaklee mengurangkan stres?


1.Vitamin B1~ mengurangkan kelesuan, keresahan, mempertingkatkan kecerdasan mental, melancarkan peredaran darah, meningkatkan stamina badan, menyihatkan sistem pencernaan dan memperbaiki metabolisma

2.Vitamin B2~ mengurangkan keletihan mata, katarak, jangkitan lidah, membantu mengaktifkan vitamin B6 dan asid folik.

3.Vitamin B3~ mengurangkan pengaliran kolestrol di dalam darah, memperbaiki kesihatan kulit, rambut, sistem pencernaan dan mengelakkan depresi. 

4.Vitamin B5~Asid Pantothenic memainkan peranan yang penting dalam melegakan tekanan/ stress. Sering dirujuk sebagai "vitamin anti-tekanan,".
Penting untuk pengeluaran hormon yang berkaitan dengan tekanan yang dihasilkan dalam kelenjar adrenal, menurut University of Maryland Medical Center. Vitamin B kompleks boleh membantu memulihkan kelenjar adrenal daripada stress.

5.Vitamin B6~ penting dalam proses asid amino, mengawal serotonin di dalam otak (ketidakseimbangan menyebabkan depresi), mengurangkan senggugut, menenangkan emosi, mengurangkan kekejangan otot dan sebagainya. 
Perubahan dalam tahap serotonin boleh mengubah mood dan menjejaskan keupayaan seseorang untuk menghadapi tekanan / stress

6.Vitamin B12~ meningkatkan selera makan, memperbaiki tindak balas saraf, mengelakkan anemia, keletihan, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus dan keupayaan seksual

7.Biotin~ membantu B Complex menjadi lebih efektif, mengurangkan rabun, rambut beruban, eczema dan keradangan kulit

8.Asid Folik~ kesihatan fetus, kurang risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, stres, ulser mulut dan sebagainya
#Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh. Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang 
kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.


Vitamin B memainkan peranan penting dalam metabolisme tenaga. Bahan-bahan choline dan inositol menawarkan kesan menenangkan yang boleh membantu dalam menangani tekanan.

Bagi yang mahu dapatkan produk Shaklee ini,anda boleh hubungi saya di Pm/Email/Whatsapp/wechat/line/telegram liza : 017-4342965 facebook : https://www.facebook.com/laliza89 pages : https://www.facebook.com/Gurunsid : https://www.facebook.com/falizashop2013 email : ku_marzaliza@yahoo.com cod : sekitar sg petani.gurun dan sewaktu dengannya,

Monday, 10 November 2014

Kes Buli menjadi-jadi,apa peranan ibubapa?

Masyarakat baru-baru ini dikejutkan dengan penyebaran video pelajar membuli. Liza sendiri dah tengok video tu dan rasa sedih sangat. Kesian tengok mangsa yang tak bersalah merayu minta dihentikan diperlukukan sebegitu. Tak boleh bayangkan kalau perkara ni jadi pada anak-anak atau kaum keluarga. :(

Liza percaya ramai ibubapa sebolehnya tidak mahu perkara ini (buli) berlaku kepada anak-anak mereka kan. Disini liza share kan serba sedikit mengenai tips untuk ibu bapa yang anak mereka menjadi mangsa buli.


Langkah 1 - Percayalah kepada anak anda

Tanya secara khusus dan tulis maklumat tersebut. Soalan seperti: 
•    Siapa yang membuli?
•    Apa yang dilakukan? 
•    Di mana ia dilakukan?
•    Bila ? 
•    Bagaimana boleh berlaku?
•    Siapakah orang lain yang bersama?
•    Apakah perasaaan ketika itu?



mangsa buli

Langkah 2 - Tanyalah kepadanya

Sekiranya mereka tidak mahu bercakap tentang hal dia dibuli. Kebanyakkan kanak-kanak tidak mudah untuk memberitahu: Mereka merasa malu, atau takut. Ambil inisiatif. tanya secara khusus dan tulis maklumat tersebut.Cuba mendekati mereka secara tidak langsung. Beberapa soalan ini dapat membantu:
•    “Okay, siapa yang suka buli di kelas?”
•    “Bagamaina kamu tahu dia itu seorang pembuli? Apakah yang dilakukan olehnya?”
•    “Apakah pandangan kamu terhadap orang yangkena buli?”
•    “ Siapakah orang yang selalu dibuli sepanjang masa?”
•    “Adakah pembuli itu pernah buli kamu?”
•    “Apakah yang selalu dikatakan atau dilakukan oleh pembuli? Bagamaiman perasaan kamu bila dibuli?”


Langkah 3 - Perkara yang perlu di ELAKKAN

a.    Elakkan dari konfron pembuli atau ibu bapa pembuli. Ianya mungkin tidak membantu malah mungkin menambah masalah.
b.    Elakkan menyuruh anak “ balas balik”. Pembuli selalunya lebih kuat dan lebih berkuasa daripada mangasa. Anak tuan/puan mungkin cedera.
c.    Elakkan menyalah anak. Selalunya bukanlah kesalahan mangsa buli dalam kes buli.

d.    Elakkan berjanji merahsiakan kes buli. Ini akan memberi kebenaran kepada pembuli untuk terus membuli. Sebaiknya katakan kepada anak bahawa tuan/puan akan menolong dan akan meminta guru untuk membantu menyelesaikan kes buli ini.


mangsa buli



Langkah 4 - Hubungi guru

a.    Hubungi guru  segera jika anak anda menjadi mansa buli
b.    Mohon berjumpa guru secara private ( tiada pelajar lain perlu ada kecuali anak tuan/puan mengetahui mengenai perjumpaan ini). 
c.    Bawa maklumat bertulis yang diambil dari anak dan berkongsi dengan guru. 
d.    Minta pandangan guru (guru mungkin tahu lebih tentang buli). 
e.    Minta satu salinan mengenai polisi anti- buli sekolah. 
f.    Beradalah dalam keadaan tenang dan penuh hormat.: Guru anak tuan/puan akan membantu.
g.    Tanya guru apakah yang akan dilakukannya. Elok lebih khusus. Apa yang anda mahu dari guru: 
•    mahu kes buli diberhentikan 
•    mahu tahu kesan yang khusus mengenai buli, dan menggunakannya terhadap pembuli. 
•    bantu pembuli ubah tingkahlakunya.
•    bantu anak tuan/puan mempunyai kemahiran asertif dan katakan tidak kepada buli
•    mengawasi keselamatan anak pada masa akan datang
•    memaklumkan kepada anda tindakan yang akan diambil dan perkembangan perkara tersebut. 
 PENTING- Menyelesaikan masalah buli mengambil masa. Cuba bersabar. Guru perlu berbincang dengan anak tuan/puan, bercakap dengan pembuli, bercakap dengan rakan-rakannya yang menyaksikan kes buli ini, dan mengenalpasti penyelesaian yang terbaik kepada semua yang terlibat.


Okeh rasanya sampai takat ni dulu tips yg liza kongsi, Nanti kalau banyak sangat pening pulak nak baca kan? Tips seterusnya akan liza kongsi di next entry, Sampai ketemu lg ye! :)