Menyulam cinta halal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 24 February 2014

Apa kata hati 24/2/2014

Assalamualaikum....

Hai..!!!
I want to tell u a lil secret...
U know what??
I love my husband,thats my secret. hahahaa..
Mood saja gtai tak dak idea nak tulis apa,
K,bye.

Friday, 21 February 2014

20 Tips Jimat Minyak


Assalamualaikum...


Memandangkan harga minyak semakin naik dan naik dan naik… Fuhhh memang terasa sangat bebanan tu kan?. Ya laa. Nak brgerak ke mana mesti gunakan kenderaan kan. P keja naek kereta, seminggu rm40 tu wajibbbb . Oleh itu!! Entry kali ni nak bercerita tentang tips2 untuk jimat minyak kenderaan anda. Semoga tips ini dapat membantu anda berjimat yer. Lets cikidauttt...!!! 

20 tips jimat minyak kenderaan / kereta
1. Isi minyak di waktu awal pagi atau di waktu suhu sejuk.
Kapasiti minyak petrol lebih banyak pada waktu sejuk berbanding waktu panas di siang hari yang mana ianya mempunyai wap yang berlebihan. Jika anda mengisi minyak di waktu tengah hari, akan kelihatan wap petrol keluar dari tangki minyak anda.
Oleh dengan itu, bagi mengurangkan kerugian petrol anda ‘hilang’ ditelan angin hendaklah jadikan amalan mengisi petrol di awal pagi atau ketika cuaca sejuk. Tips ini memang selalu aku amalkan. Nak p keja bru tergedik2 isi minyak. Hehe. Lagipun waktu pagi orang tak ramai.

2. Isi minyak dengan perlahan-lahan
Cara ini adalah supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya ke dalam tangki dan mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas akan membazirkan minyak anda. Kawal picu dengan menarik secara separuh penuh. Ini dapat mengurangkan wap keluar bersama-sama petrol.

3. Isi minyak semasa tangki separuh penuh.
Ini kerana semakin banyak baki minyak dalam tangki semakin kurang kapasiti ruang udara yang dipenuhi wap sekaligus anda akan dapat lebih petrol dalam tangki yang lebih optimum.

4. Kurangkan beban atau berat kenderaan anda
Buang barang yang tidak perlu seperti timbunan fail-fail, buku-buku atau peralatan kerja anda (kereta anda bukan stor). Penambahan berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan penggunaan minyak sebanyak dua peratus.

5. Periksa tekanan angin tayar anda.
Perhatikan tayar anda dan pastikan tekanan angin betul dan mencukupi. Tayar yang kurang angin akan membuatkan kereta menjadi berat dan menyebabkan penggunaan minyak bertambah lima peratus kerana geseran tayar yang berlebihan.

6. Penyelenggaraan
Penalaan enjin yang teruk meningkatkan penggunaan minyak hingga lebih 50 peratus. Jangan malas check tahap palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa secara berkala. Jika malas (terutamanya wanita) boleh hantar ke bengkel yang bertauliah setiap bulan dan boleh saja suruh mekanik yang periksa.

7. Kelajuan
Lebih perlahan anda memandu, lebih jimat minyak digunakan (dan tidak disaman. hehehe). Memandu melebihi 90 kilometer sejam (km/j) akan meningkatkan dengan ketara penggunaan minyak.
Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j, penggunaan minyak bertambah 10 peratus, 105 km/j (15 peratus) dan 110 km/j (25 peratus).
Lihat RPM kereta anda. Jika anda memandu melebihi 3000 RPM berkemungkinan enjin anda memerlukan lebih minyak. Sebab itu kelajuan dan kapasiti enjin memainkan peranan pentin dalam penjimatan minyak.
Dan kalau nak jimat boleh beli kereta tertentu yang mahal kerena teknologi penjimatan minyak mereka lebih maju berbanding kereta murah.

8. Matikan enjin
Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar menunggu seseorang atau menunggu traffic light yang sangat lama. Elakkan menekan pedal minyak ketika kenderaan tidak bergerak.

9. Penggunaan gear yang betul
Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran minyak kerana enjin
menjadi lebih pantas. Jangan malu-malu menggunakan mod ‘ekonomi’ jika kereta anda memilikinya.

10. Penggunaan Brek yang betul
Jika anda sudah tahu di mana hendak berhenti, perlahankan kenderaan secara beransur-ansur. Elakkan brek mengejut.

11. Rancang perjalanan
Merancang perjalanan dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas. Ini menjimatkan masa, wang dan mengelakkan tekanan.
Anda juga boleh buat melakukan dua kerja pada satu masa contohnya dengan memaksimumkan sebaik mungkin satu perjalanan anda contohnya semasa anda pulang dari kerja, bolehlah singgah membeli barang keperluan rumah di mana-mana kedai yang berdekatan.
Jadi, anda tidak perlu lagi keluar semasa hujung minggu. Kan jimat minyak macam tu.

13. Minimum penggunaan kenderaan
Kurangkan perjalanan jarak dekat kerana ini meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 40 peratus. Kalo dah terlalu dekat elok guna basikal atau motosikal saja berbanding kereta. Kalau tak da moto dan basikal apakata anda berjalan? Bagus jugak. sihat untuk jantung, Yippi!!

14. Tutup air-cond
Apabila cuaca luar sudah sejuk (malam atau di tanah tinggi) eloklah matikan air-cond anda. Selain itu, matikan juga aircond anda bila sudah hampir tiba ke destinasi. Penggunaan minyak bertambah 10% apabila menggunakan aircond. Lagipun penggunaan aircond yang kerap pun tak elok untuk system pernafasan kita kan?

15. Tutup tingkap kereta
Pastikan tingkap kereta ditutup semasa memandu untuk melancarkan pergerakan kereta. Jika tidak, kereta anda akan mengalamai rintangan angin menyebabkan kereta bergerak perlahan dan menyebabkan anda menekan minyak lebih banyak untuk bergerak.

16. Elak jalan sesak
Kurangkan perjalanan kereta semasa waktu puncak bekerja. Mulakan perjalanan sebelum jalan menjadi sibuk. Kesesakan jalan raya menyebabkan enjin kereta mengalami pembaziran kerana tidak bergerak.

17. Jaga enjin kenderaan
Pastikan enjin berfungsi dengan baik dan sentiasa diservis … Tukar minyak pelincir mengikut jadual selaras dengan cadangan pengeluar kenderaan. Dan
juga gunakan minyak pelincir berkualiti tinggi untuk memaksimumkan keberkesanan enjin. Tanya mekanik bertauliah kalau tak pasti minyak pelincir mana yang terbaik.

18. Sentiasa berkongsi kenderaan
Jika anda dan rakan anda pergi ke tempat kerja yang sama apa bergilir-gilir tumpangkan kenderaan. Selain menjimatkan minyak, kesesakan jalan raya boleh dikurangkan. Itu pun jika semua pengguna jalan raya melakukan amalan ini.

19. Panaskan enjin dengan betul
Biarkan enjin kereta anda sekurang-kurangnya 30 saat sahaja setelah enjin dihidupkan. Tak perlu tekan pedal untuk memanaskan enjin kerana ia akan membazirkan minyak sahaja.

20. Guna NGV
Semestinya penggunaan NGV lebih jimatt berbanding petrol. Sehingga
kini banyak kedai NGV installer/conversion sudah kehabisan stok dan pelanggan terpaksa menunggu giliran.Apa yang bagusnya adalah anda boleh tukar pilihan jenis minyak yang anda mahu gunakan, sama ada NGV semasa di jalan bandar atau petrol semasa berada perjalanan jauh. Tapi penggunaan NGV akan memakan sedikit ruang kenderaan anda.


Fikir dulu sebelum isi minyak yerrrr.. Anda mampu mengubah nya. :)


Friday, 14 February 2014

Dengansekali lafaz... Saya isteri dia...


Assalamualaikum...

Ehem.. poyo tak tajuk entry?? hihihi. 
Sebenar-benarnya..... kahwin dah 2 bulan dah pun. Baru nak update blog. Eheee.. bukan apa. sibuk sangat. tak sempat sangat. dan berbagai2 sangat. tu tak dak anak lagi tu. poyo la hg ni liza. hahaha..

Okehh...Alhamdulillah... entah untuk ke berapa kali aku mengucapkan syukur tak terhingga ke hadrat Illahi di atas perkahwinan ini. Sesungguhnya aku amat bersyukur. Hampir 5 tahun menyulan cinta cinttun akhirnya hubungan kami ini diakhiri dengan perkahwinan

TEMPOH PERTUNANGAN
Emmm... ramai orang cakap tempoh pertunangan ni sangat2 mencabar. yaka?? tak tahu lah.. bagi aku dan husband,tidak lah terlalu sukar... Gaduh-gaduh itu biasa..Biasalah..dekat nak kahwin ni macam-macam yang kita kena pikir.. dan yg nak kena fikir tu semua berkaitan "MONEY". Adakala memang stress. tapi aku tak rasa sangat kot... biasalah kita kan perempuan. Lelaki yang bagi duit. Huhu.. tapi macam mana pun kita tetap jugak kena standby apa yang patot. Tak boleh terlalu mengharap dengan bakal suami yerr.  Macam aku aritu.. segala duit dan belanja semua husband bagi time akad nikah, so preparation semua nak beli beras ka gula ka sampai ke tisu semua duit sendiri, opsss...duit mak ayah kiterrr. hihihi...tq mom n dad.luv u sooo much. Bagi husband lak memang kesian ngan dia. banyak dugaan dia. xpa dear..im with u. after married susah senang kita bersama, ya tak?? muahhh.. 1000x!!


PREPARATION BAJU-BAJU DAN SEGALA BAGAI
baju akad nikah perempuan : totally head to toe buat sendiri.upah lah. hihih. bkan jahit sendiri, cek xreti. i pilih putih sebab nampak soft dan lembut dan suci. Then cari lace untuk tepek bagi nampak lg kebabommmm...eheee..makeup pulak by my sil. b4 ni dia makeup untuk tunang sayer. suke tak? husband suka sebab dia cakap soft dan nampak original muka aku. eh awat sbelum ni nampak tak ori ka? eh xphammm.
baju akad nikah lelaki : saya tempah dekat kedai jugak, ni mak yang request,so..saya g beli kain n bawak husband p ukur badan, sangat2 berpuas hati. turun temurun wat baju kat cina ni.
baju kahwin :  amek kat butik iriesh. Survey punya survey jumpa butik ni. memang berpuas hati. owner dia perempuan.pekerja2 pun semua perempuan. ramah tamah dan baik hati gituu... sya plih kaler purple masam2 skit. berkenan sangat dengan design dia ala2 princesss. bila lagi nak fefeling princess kan. Lagi satu yang membuat jatuh hati ngan butik ni sebab makeup dia cantik. soft ja dan tak over. best2..

HARI PERKAHWINAN

Kami pilih untuk akad ikah dan kenduri kahwin pada hari yang sama. Actually memang penat sikit. terkejar-kejar dari masjid nak ke butik g makeup, Tapi bagi aku,aku suka untuk settlekan semua pada hari yang sama. So penat satu hari ja. Bagi orang lain tak tahu la. Ada orang akad malam,siang kenduri. Ada yg akad sehari sebelum. So apa2 pon boleh.. Janji kahwin... Ya dok?? hihi,

Okeh kami pilih tarikh 21.12.13. Ada apa2 istimewa ka dengan tarikh ni? Tak Pun. belek2 tarikh.. tengok tarikh ni yang sesuai. N husband plak pilih tarikh 25.12.13. Ni hari krismasss. So husband cakap hari cuti. senang kawan2 nak mai...

Waktu akad nikah tu mcam2 yg kita rasa. happy sedih teruja semua ada. Alhamdulillah dengan sekali lafaz je. yesss!!! tak sia2 awak menghafalkan encik fahmi?? teheee.... Okeh jom kita layan foto. 
waktu ni kiter nangissss..sedih sangat hug2 kiss2 ayah kiterr...husband cakap dia pon sebak. T_T
gatal tak kiter?? usha dari jauh. hahaaa..

:P. kat blakang tu my sil. tdung purple muda tu. yg jd mak andam terjun..



sesi sarung menyarung :)



outing di gunung jerai :)

Doakan kebahagian kami berdua.. Semoga perkahwinan yang baru kami bina ini berkekalan hingga ke anak cucu hendak nya, Amin...
Terima Kasih kepada sanak saudara dan rakan-rakan yang hadir memeriahkan majlis kami. Ribuan terimakasih kami berdua ucapkan.


Salam sayang
Liza :)

Kebaikan Vita-lea Ion Formula dari Shaklee

Assalamualaikum...

Dipagi yang Jumaat yg indah ini tiba2 terasa nak update blog. huhuhu..Lagipun dh lama sangat tak update. So arini terbuka hati untuk update dan kali ni nak berceloteh tentang vitamin shaklee lagi.. Ofkosss!!!! Hehehe.. Kali ni kita bercerita tentang Vitalea ion formula, Jom kita terjahhh...!!!

Keistimewaan Vitalea berbanding multivitamin lain?
Multivitamin terbaik Vita-Lea Shaklee menggunakan Sistem Penyerapan Bioaktif berpaten eksklusif utk meningkatkan penyerapan asid folik iaitu nutrien penting utk kesihatan keseluruhan sel.

Vita-Lea Shaklee menjalani 349 ujian kualiti yg paling ketat utk menjamin keaslian & keberkesanan produk. Wooowwww!!!! Jom kita tengok apa rupa vitalea ni.
Ni haaa.. ehh.. ni dedolu punyaaa. zman baru2 kemunculan vitalea. hehe.Pic sebenar dibawah yer..

Haaa..ini lah vitalea. bujur2 memanjang kaler hijau. Senang saja ditelan seperti gegula.. :)

Apa yang BESSSTTT sangat tentang Vitalea??
  •  Merupakan multivitamin terbaik yg terkemuka & lebih komprehensif kerana mengandungi 23 vitamin & mineral kritikal dalam jumlah yg seimbang utk memantapkan kesejahteraan kesihatan kolon, hati, mata & sistem imun dalam jangka masa panjang.
  •  2 kali lebih antioksidan utk mencegah kerosakan fungsi imun berpunca daripada radikal bebas.
  • 2 kali lebih kalsium utk pembinaan tulang.
  • 2 kali lebih magnesium utk mengekalkan rentak jantung, otot & fungsi saraf.
  • 2 kali lebih Beta karotena utk membentuk vitamin A yg lebih biopotent.
  • 3 kali lebih selenium utk melindungi paru-paru, kolon & prostat.
  • 3 kali lebih vitamin K utk menyokong proses pembinaan tulang.
  • 6 kali lebih boron utk menyokong kesihatan tulang.
  • 10 kali lebih Biotin yg menyokong proses pengeluaran tenaga

Siapa yg memerlukan Vita-Lea Shaklee?
~ Secara umumnya, ia untuk semua orang dewasa yg pentingkan kesihatan optimum. Lebih-lebih lagi kepada penggemar makanan segera, suka makan di luar, & yg makan ikut selera – bukan ikut gizi seimbang. (mcam sayerrr jerr..suka mkan fast food. huhuu..)

~ Mengandungi Beta Carotene yg membantu mengekalkan pertumbuhan badan, mengawal masalah penglihatan & membantu pembentukan tisu badan.
 ~ Diformulasi dengan Iron yg penting utk pembentukan sel darah merah di dalam badan.

~ Ibu mengandung yg selalu kena anemia. Tak perlu susah payah makan kerang atau organ dalaman lain. Zat besi perlu utk pembentukan sel darah merah buat janin/ bayi di dalam kandungan.

~ Ibu menyusu, terutama yg bayinya dah berumur 6 bulan ke atas. Kajian mendapati kandungan zat besi di dalam susu ibu akan berkurangan selepas 6 bulan. Sebab itu ibu-ibu digalakkan memberi ikan bilis dalam makanan pejal pertama si manja. Dengan pengambilan Vita-Lea, In sha Allah kandungan zat besi di dalam susu ibu dapat dikekalkan pada paras yg selamat. Sebab itu kami mencadangkan Vita-Lea di dalam Set Penyusuan Shaklee kami.

~ Cegah penyakit tiroid atau beguk. Penyakit beguk ni disebabkan oleh kekurangan iodin dalam badan pesakit. Sebiji vita-lea mengandungi 75 mcg Iodine (as potassium iodide and sea kelp). Jika anda sedang menghidapi, atau diserang beguk, ambil 2 biji Vita-Lea sehari utk memperolehi sumber 150 mcg Iodine. Ya, In sha Allah.

~ Vita-lea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yng licin, rambut yg kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid @ beguk (penyakit tiroid ini terjadi kebiasaanya kerana kekurangan iodin & ini terdapat di dalam vitalea. Selain itu juga, ia adalah antara supplement terpenting utk diet atau slim yg mana kalau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu & menjadikan kulit sentiasa tegang.

~ Ibu-ibu yg mengandung & menyusukan anak sangat digalakkan mengamalkan pemgambilan vitalea kerana kepentingan zat & vitamin serta keperluan zat besi oleh si ibu & ianya juga penting utk tumbesaran anak.
Mengapa ada sesetengah ibu yg mengandung mahupun yg menyusukan anak mudah rasa pitam atau pening kepala? Hakikatnya ibu-ibu kekurangan zat besi @ iron dalam pengambilan diet harian mereka.
~Iron/zat besi banyak terdapt dalam makanan laut seperti kerang, tiram namun terdapat banyak sebab mengapa ibu mengandung tidak boleh terlalu banyak makan makanan laut kerana:
* Ada sesetengah ibu alah dengan makanan laut.
Perairan / laut yg telah tercemar.
* Tidak bersih ketika mencuci atau membersihkannya.
Selain itu, ianya bukan mudah utk didapati & harga yg tidak menentu.

Cakap banyak tak nak jom kita layan testimoni pulak





Jadi.. Jom cuba dan rasai kebaikan multivitamin dari Shaklee ni. Bulan Februari ada promosi taw. Jangan lepaskan harga promosi ni. Dapatkan sekarang juga.Harga saya pasti terbaikkk...! Rasai kebaikan dan keberkesanan vitalea ni, ^_^


Pm/whatsapp : 017-4342965.