Menyulam cinta halal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 14 February 2014

Dengansekali lafaz... Saya isteri dia...


Assalamualaikum...

Ehem.. poyo tak tajuk entry?? hihihi. 
Sebenar-benarnya..... kahwin dah 2 bulan dah pun. Baru nak update blog. Eheee.. bukan apa. sibuk sangat. tak sempat sangat. dan berbagai2 sangat. tu tak dak anak lagi tu. poyo la hg ni liza. hahaha..

Okehh...Alhamdulillah... entah untuk ke berapa kali aku mengucapkan syukur tak terhingga ke hadrat Illahi di atas perkahwinan ini. Sesungguhnya aku amat bersyukur. Hampir 5 tahun menyulan cinta cinttun akhirnya hubungan kami ini diakhiri dengan perkahwinan

TEMPOH PERTUNANGAN
Emmm... ramai orang cakap tempoh pertunangan ni sangat2 mencabar. yaka?? tak tahu lah.. bagi aku dan husband,tidak lah terlalu sukar... Gaduh-gaduh itu biasa..Biasalah..dekat nak kahwin ni macam-macam yang kita kena pikir.. dan yg nak kena fikir tu semua berkaitan "MONEY". Adakala memang stress. tapi aku tak rasa sangat kot... biasalah kita kan perempuan. Lelaki yang bagi duit. Huhu.. tapi macam mana pun kita tetap jugak kena standby apa yang patot. Tak boleh terlalu mengharap dengan bakal suami yerr.  Macam aku aritu.. segala duit dan belanja semua husband bagi time akad nikah, so preparation semua nak beli beras ka gula ka sampai ke tisu semua duit sendiri, opsss...duit mak ayah kiterrr. hihihi...tq mom n dad.luv u sooo much. Bagi husband lak memang kesian ngan dia. banyak dugaan dia. xpa dear..im with u. after married susah senang kita bersama, ya tak?? muahhh.. 1000x!!


PREPARATION BAJU-BAJU DAN SEGALA BAGAI
baju akad nikah perempuan : totally head to toe buat sendiri.upah lah. hihih. bkan jahit sendiri, cek xreti. i pilih putih sebab nampak soft dan lembut dan suci. Then cari lace untuk tepek bagi nampak lg kebabommmm...eheee..makeup pulak by my sil. b4 ni dia makeup untuk tunang sayer. suke tak? husband suka sebab dia cakap soft dan nampak original muka aku. eh awat sbelum ni nampak tak ori ka? eh xphammm.
baju akad nikah lelaki : saya tempah dekat kedai jugak, ni mak yang request,so..saya g beli kain n bawak husband p ukur badan, sangat2 berpuas hati. turun temurun wat baju kat cina ni.
baju kahwin :  amek kat butik iriesh. Survey punya survey jumpa butik ni. memang berpuas hati. owner dia perempuan.pekerja2 pun semua perempuan. ramah tamah dan baik hati gituu... sya plih kaler purple masam2 skit. berkenan sangat dengan design dia ala2 princesss. bila lagi nak fefeling princess kan. Lagi satu yang membuat jatuh hati ngan butik ni sebab makeup dia cantik. soft ja dan tak over. best2..

HARI PERKAHWINAN

Kami pilih untuk akad ikah dan kenduri kahwin pada hari yang sama. Actually memang penat sikit. terkejar-kejar dari masjid nak ke butik g makeup, Tapi bagi aku,aku suka untuk settlekan semua pada hari yang sama. So penat satu hari ja. Bagi orang lain tak tahu la. Ada orang akad malam,siang kenduri. Ada yg akad sehari sebelum. So apa2 pon boleh.. Janji kahwin... Ya dok?? hihi,

Okeh kami pilih tarikh 21.12.13. Ada apa2 istimewa ka dengan tarikh ni? Tak Pun. belek2 tarikh.. tengok tarikh ni yang sesuai. N husband plak pilih tarikh 25.12.13. Ni hari krismasss. So husband cakap hari cuti. senang kawan2 nak mai...

Waktu akad nikah tu mcam2 yg kita rasa. happy sedih teruja semua ada. Alhamdulillah dengan sekali lafaz je. yesss!!! tak sia2 awak menghafalkan encik fahmi?? teheee.... Okeh jom kita layan foto. 
waktu ni kiter nangissss..sedih sangat hug2 kiss2 ayah kiterr...husband cakap dia pon sebak. T_T
gatal tak kiter?? usha dari jauh. hahaaa..

:P. kat blakang tu my sil. tdung purple muda tu. yg jd mak andam terjun..



sesi sarung menyarung :)



outing di gunung jerai :)

Doakan kebahagian kami berdua.. Semoga perkahwinan yang baru kami bina ini berkekalan hingga ke anak cucu hendak nya, Amin...
Terima Kasih kepada sanak saudara dan rakan-rakan yang hadir memeriahkan majlis kami. Ribuan terimakasih kami berdua ucapkan.


Salam sayang
Liza :)

No comments:

Post a Comment