Menyulam cinta halal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 18 June 2014

Oh yummmyyy!!! Resepi Puding Lapis Oreo.



Mggu depan ada potluck dekat ofis. emmm emmm... nak buat apa ya?? Haritu buat puding cocktail. Kali ni nak buat puding apa pulak? ekceli liza mmg suka buat + makan puding & all kind dessert2. Tapi xda la terooorr sgt. Chef dapur ja. amek plak resepi yg mudah2 yg susah2 mmg pandang sinis ja. Even sedapp. hehhee.. Tak pun beli ja. Ngeh2..

So search interenet.. jumpak resepi ni. Tengok macam sedap, tengok macam mudah ja cara buat. Tak penah makan. Nak try lah. hopefully sedap.. So p tesco dan beli barang-barang, Sapa2 nak try jum lah buat. Ikot resepi di bawah ni yer.check it ouuutt!!


Bahan-Bahan Puding Lapis Oreo
( Saiz: 8" persegi )
  • 1 bungkus agar-agar @ 10g Jelly Powder - Serbuk Agar-Agar
  • 750ml Air
  • 160g Gula - kalau tak suka manis boleh letak 140g gula
  • 1 tin @ 400g Susu Cair
  • 3/4 cup Serbuk Milo (saya guna serbuk koko)
  • 1 bungkus (137g) Oreo Cookies -(saya guna 1 bungkus setengah. nak bg banyak oreo.huhu) patah-patahkan tapi biarkan sandwich 2 lapis

Cara Menyedia Puding Lapis Oreo
  • Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut.Kemudian,masukkan gula dan masak sehingga gula larut.
  • Masukkan susu cair, kacau sebati sehingga mendidih.
  • Asingkan 2 cwn ke dalam periuk yg lain dan campurkan milo@serbuk koko sehingga sebati.
  • Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan.
  • Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku.
  • Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.
  • Taburkan biskut oreo.
  • Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
  • Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dalam peti sejuk.
Tips Melapis Puding Oreo
  • Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuhnya sbb takut lapisan tidak melekat.
  • Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterusnya.
  • Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelumnya supaya ia melekat dengan baik.
Tak lengkap resepi tanpa gambar. Jum tgok bukti liza buat sndri. Hehehee.



Ni bahan-bahan. Cuma gula ngan air ja xda.
  
Oreo selepas dipatah riukkan.

Ini lapisan kedua. campuran bahan2 tadi dengan oreo yg ditabur. Lapisan pertama tak sempat ambil gambar & terlupa/ Excited sebenarnya. hehehe. Dan jgan terkejut bila awak masukan oreo akan naik buih2 atau lapisan minyak. Mula2 tu trkejut jugak sbb risau periuk ke senduk tu berminyak. Tapi husband cakap sebab oreo. Oreo kan ada minyak ckit. Fuhhh lega....




Tadaaa...siapp!!! selepas dipotong. nyuumm2.. sorry comot cikit. tak secantik yg dari blog liza amek tu. Maklum la 1st time buat. Excited terlebih masukkan lapisan kedua terlalu awal,jadi bercampur sbb belum keras secukupnya. HUhu.. Dah bawa g ofis. Alhamdulillah ofismate puji sedap. renyeh sokmoooo la kiterrr. Tunggu feedback dari husband plak. Org trsyg puji sedap lagi syiokkk.. Heeeee.


Selamat mencuba :)





1 comment:

  1. erm.. erm.. sila bawak lg esok. nk buat bukak posa,, hehe

    ReplyDelete