Menyulam cinta halal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 31 October 2014

Menangislah sayang...

Romantik dan syahdu tak tajuk entry?Hehehe.. minggu ni adalah mingu emo liza. So sila layankan jerrrr... kuikuii.. sebelum ni liza ada tulis entry mengenai stress kan? yg mana xbaca tu boleh baca disini cara atasi stress. Jadi balik umah semalam pas keja,sebelum tido,temenung2.. n apa lagi banjirrr laaa... tapi Alhamdulillah,lepas menangis kita akan rasa bebanan tu kurang,bangun pagi rasa relax jaaa...huhuhu.. Tahu tak yang menangis ni ada kebaikan taw? Haaa.. yg mana tak taw tu jum kita baca.




1.Air mata membantu manusia melihat

Fungsi asas air mata adalah untuk membantu manusia melihat dengan lebih jelas. Hakikatnya air mata bukan sekadar pelincir kepada biji mata dan kelopak mata, tetapi juga mampu untuk menghalang kekeringan pada mata. Tanpa pelincir tidak ada mata yang boleh melihat. Tanpa air mata, kehidupan memberi dimensi yang berbeza kepada manusia iaitu dalam jangka masa pendek akan timbul ketidakselesaan dan kesan jangka panjangnya amat menakutkan, manusia akan hilang penglihatan.


2.Air mata membunuh bakteria


Tidak perlu cecair peluntur atau pembasmi kuman. Bertuah kerana manusia ada air mata! Pada air mata terdapat anti bakteria dan anti virus semula jadi yang bekerja untuk manusia menentang kuman yang masuk ke dalam mata dari persekitaran. Air mata mengandungi lysozyme yang boleh membunuh bakteria 90-95% dalam masa lima hingga sepuluh minit.

3.Air mata menghanyutkan toksik bersamanya

Hasil kajian yang dilakukan mendapati bahawa air mata emosi yang mengalir kerana kesedihan dan tekanan mengandungi lebih  banyak toksin berbanding air mata yang disebabkan oleh gangguan benda asing misalnya ketika mengupas bawang. Air mata emosi mengandungi lebih banyak protein, hormone prolactin, adrenocorticotropic dan leucienkephalin (ubat tahan sakit semula jadi). Adakah air mata itu sebenarnya toksik? Tidak! Air mata sebenarnya mengingkirkan toksin dari badan yang terhasil kerana stress. Hal ini adalah umpama terapi semula jadi atau sesi urutan untuk mengeluarkan toksin tetapi dengan kos yang paling murah!


4.Menangis boleh menaikkan mood


Anda tahu berapa banyak Mangan (Manganase) di dalam badan anda? Tidak! Begitu juga dengan diri penulis yang tidak tahu berapa jumlah Mangan yang ada di dalam badan. Tetapi, bertuahlah kalau jumlahnya adalah rendah kerana kandungan Mangan yang tinggi di dalam tubuh badan boleh menyebabkan kebimbangan, gemuruh, gugup, cepat marah, keletihan, agresif, gangguan emosi dan semua perasaan gembira akan lenyap. Dengan menangis boleh menurunkan tahap Manganese di dalam badan. Halnya sama seperti membawa keluar toksin dari dalam badan. Air mata mengandungi 24 peratus albumin protein yang boleh menjadi pengangkut kepada molekul yang lebih kecil. Itulah yang dilakukan oleh air mata ketika menangis kerana sedih.


5.Menangis boleh mengurangkan stress

Air mata adalah sama seperti peluh yang keluar semasa bersenam. Air mata membuang sebahagian bahan kimia yang dihasilkan oleh badan kerana stres. Hormon yang terlebih dikeluarkan seperti endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin kerana kelenjar pituitari terganggu telah memberi kesan kepada mood dan mengawal stres. Menangis ternyata dapat menyingkirkan bahan kimia yang berlebihan dihasilkan oleh badan.

6.Air mata mengukuhkan hubungan

Menangis bukan sahaja baik untuk kesihatan tetapi juga dapat mengeratkan hubungan. Apabila melihat orang lain menangis secara tidak langsung kita akan berasa simpati dan cuba untuk membantu. Walaupun tidak mampu menghilangkan masalah tetapi sekadar menjadi pendengar pun sudah cukup untuk meringankan beban. Air mata membantu manusia berbicara dan mengeratkan hubungan yang sedia ada.


7.Air mata membebaskan perasaan


Sehebat mana dugaan yang dilalui, malang silih berganti dan air mata tidak pernah kering untuk menangisi kesedihan hati. Namun air mata adalah pilihan yang terbaik untuk meluahkan perasaan. Kadang-kadang perasaan itu bersarang di dalam sistem limbik di dalam otak dan pada ketika yang lainnya terbuku di dalam hati tidak terluah. Menangislah kerana tangisan mampu melegakan emosi. Lepaskan semuanya kerana tangisan baik untuk sistem saraf dan jantung.


info dari : http://mansurah.perubatan.org/v1/2012/03/7-sebab-kenapa-perlu-menangis/

Kebaikan Vitamin C Chewable Shaklee


Tahukah anda? Shaklee mempunyai 2 produk berasaskan vitamin C? Iaitu Vitamin C Sustained Release dan Chewable Vita C plus.  Menariknya,Chewable Vita C ini boleh dinikmati oleh kanak-kanak berusia 4 tahun ke atas dan  orang dewasa yang tidak suka vitamin berbentuk pil yang perlu ditelan dengan air. Chewable Vita C ni mudah untuk dimakan,hanya perlu hisap atau kemam sahaja di dalam mulut seperti coklat! Sesuai dijadikan vitamin untuk kanak-kanak.

Apa kaitan Vitamin C Chewable dengan Liza?

Liza adalah pengguna tegar kedua-dua jenis vitamin ini. Pada permulaannya,niiat asal nak beli Vitamin C Sustained Release,tapi waktu tu kehabisan stok,jadi liza beli ja lah Vitamin C Chewable nak cantik punya pasal. Hehehe. sbb kulit liza ni sensitif..so kena la jaga ckit kan. :P

Bawak ke ofis. Bosan2 boleh kunyah2.





Apa kebaikan Chewable Vitamin C Shaklee? Jom kita baca!

  • Memelihara kandungan antioksidan semulajadi dalam tubuh
  • Antioksidan penting dalam melindungi sel kulit daripada rosak dan melambatkan penuaan (Ini penting okeh)
  • Chewable Vitamin C Shaklee menguatkan tulang, gigi dan gusi yang sihat
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Sangat sesuai untuk orang sukar atau tidak suka makan pil atau tablet
  • Rasa oren semulajadinya sangat selamat untuk kanak-kanak dan orang dewasan
  • Tidak mengandungi sebarang pewarna, perasa, pemanis ataupun pengawet tambahan
  • Tabletnya lebih kecil dari SR Vitamin C Shaklee jadi mudah untuk makan atau telan
  • 1 biji Chewable Vita C Shaklee bersamaan 1/2 biji oren iaitu bersamaan 100mg
  • Manfaat Vitamin C Sangat bagus untuk menjaga kecantikan kulit dan awet muda 


Keistimewaan Chewable Vita C

  • Rasa Chewabe Vita C tak pahit dan masam macam SR Vitamin C shaklee
  • Boleh buka sebotol demi sebotol untuk menjaga kesegaran vitamin
  • Boleh makan ikut pilihan masa sendiri (contoh 3 biji lepas sarapan, 2 biji lepas makan malam)
  • Boleh kongsi dengan anak-anak berusia empat tahun dan ke atas  juga

Keperluan Vitamin C dalam badan kita:

  • Membantu meningkatkan antibodi dalam tubuh supaya sistem imun tubuh lebih tinggi
  • Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam
  • Menguatkan struktur gigi dan gusi
  • Perokok @ mereka yang bergaul dengan perokok memerlukan vitamin C
  • Membina kolagen (sebagai bahan pengikat/pelekat) dalam membinan dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan
  • Pengambilan vitamin C yang mencukupi dalam diet seharian dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
  • Membantu proses penghadaman & penyerapan zat besi
  • Individu yang sering stress (tertekan), penat, letih, lesu serta sibuk dengan urusan harian memerlukan vitamin C. Pengambilan vitamin C yang mencukupi dapat membantu mengembalikan hormon stress (hormon yang melawan stress)
  • Bertindak sebagai anti kimia yang menjadi racun dalam tubuh seperti nitrates dan nitrites
  • Memberi perlindungan terhadap penyakit jantung dan mengehadkan 'oxidation' terhadap kolestrol jahat
  • Membentuk Sel-sel darah yang baru (setiap 3 bulan darah dalam badan akan bertukar)
  • Membantu memulihkan selesema, resdung dan bersin waktu pagi.
  • Membantu dalam proses pemulihan kudis
  • Pengambilan vitamin C sebanyak 1000-5000mg sehari dapat mengurangkan risiko /melawan penyakit barah seperti kanser oral cavity, kanser kerongkong, kanser saluran penghadaman, kanser serviks, kanser usus besar (rektum), kanser payudara dan kanser paru-paru
  • Bertindak sebagai "Protector Gate" - setiap masa mesti berada dalam badan kerana sifat vitamin C adalah larut air.


Bagi yang mahu dapatkan produk Shaklee ini,anda boleh hubungi saya di Pm/Email/Whatsapp/wechat/line/telegram liza : 017-4342965 facebook : https://www.facebook.com/laliza89 pages : https://www.facebook.com/Gurunsid : https://www.facebook.com/falizashop2013 email : ku_marzaliza@yahoo.com cod : sekitar sg petani.gurun dan sewaktu dengannya,

Thursday, 30 October 2014

Stress? Apa anda buat? Any tips?


Pernah tak anda rasa tension..stress dan moody sangat2...?? Eh tiba2 ja kan tanya camni.. huhu.. Liza tengah stress ni.. xda mood.. entahlah hilang ke mana mood tu. Napa liza stress? Ohh biarlah rahsia...biar liza dan Allah s.w.t ja taw.. hee.
Apa yg anda lakukan bila anda stress? Jum kongsi... Macam liza sendiri.. Antara benda liza suka buat kalo tengah ada msalah atau stress ialah...


-suka diamkan diri
-berfikir sejenak
-sibukkan diri
-main dengan kucing
-tengok tv
-mengadu kt Allah s.w.t dalam sujud.. Tuhan kan maha Mendengar lagi Memahami...  :(

n kalau stress jugak liza tido.
huhuuu...


Jadi...liiza google2 dan jumpa tips untuk atasi stress menurut islam. elok untuk diamalkan bagi yg kerap sangat stress tu.

Mengingati ALLAH S.W.T
“(Yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka jadi tentram dengan mengingat Allah SWT. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah SWT hati menjadi tentram.” (QS Ar-Ra’d 28)

Kita sebagai hamba yang taat harus selalu mengingati pencipta kita. Tak kira dalam keadaan senang atau susah. Ada banyak cara untuk kita mengingati ALLAH S.W.T salah satunya adalah dengan zikir. 

Basahkah lidah kita dengan zikir, jernihakan hati kita dengan zikir, dan tenang fikiran kita dengan zikir, cara untuk zikir dengan akal fikiran adalah dengan kita merening alam ciptaan tahn dan mengagumi kebesaran-Nya.

Membaca Al-Quran
Al-Quran adalah salah satu mukjizat Nabi Muhammad s.a.w dan kahsiat Al-Quran itu cukup banyak. Jadi jika amalkan sentiasa membaca Al-Quran, agar jiwa kita sentiasa rasa tenteram. Sambil itu kita dapat menbersih jiwa kita dan sentiasa dekat dengan ALLAH S.W.T.

Berdoa Agar Beban Kita Diringankan
Doa adalah senjata kita orang mukmin. Hanya kepada tuhan sahajalah tempat kita bergantung. Jadi kepada Dia sahaja kita meminta pertolongan. Apabila kita stress, rasa terbeban, kita berdoalah agar diringankan bebanan yang kita sedang hadapi. Semoga termakbul doa kita dan dapat menhilangkan rasa stress kita.

Ada juga doa khas untuk kita amalkan selalu apabila menghadapi stress.

حَــسْــبُـنَـا اْللهٌ وَنِــعْـمَ الْــوَ كِيْــلُ

Hasbunallahu Wa Nikmal Wakil Wala Haula Wala Quwwata Illa Billahil Aliyil Azzim


"Cukuplah Allah untuk (menolong kami, dan Dialah sebaik-baik Pengurus (Dan terserah kepadaNya segala urusan kami)".

Tidak ada keupayaan dan kekuatan melainkan dengan kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Besar

Ya Arhamar Rahimin

Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Nota:
Apabila menghadapi tekanan baca ayat ini sebanyak mungkin sebagai zikir.
Insya'Allah hati akan menjadi tenteram.


Apa yang perlu kita ingat bahawa, apabila kita stress, jangan kita hilang punca, jangan kita cepat berputus asa dan menbiarkan jiwa kita berkecamuk dengan biarkan jiwa kita terus kosong tanpa ada pengisian rohani yang sepatutnya.


Singkir+Buang Lemak dengan Alfalfa

Buang lemak?macam mana tu...?Tahukah anda bila kita makan makanan yg berlemak dan berkolestrol,lemak dan lendir akan melekat pada dinding usus,jika dibiarkan maka kita akan menjadi semakin lemah,lesu dan malas. Maka kita haruslah membersihkan @ detox lemak2 degil ni supaya badan sihat,kurus dan comel. hehehe.


Nak dijadikan cerita...arini liza lunch ngan ofismate dan kami decide untuk makan di Asama Restoran di Centre Square sg petani. Restoran ni terkenal dengan masakan Thailand nya yg superbbb... Mmg menjadi bualan ramai restoran ni..so saja la try kan xpenah p pun selama dok sg petani ni..Liza order nasi paprik ayam dengan air teh o ais.







Tahukah anda? paprik ayam ini sangat lah berminyakkkkk.. adehh. memang cannot go...air pulak manisss melecaihhh org kedah kata. (tapi sedap sebenarnya masakan dia).Oleh kerana lapar dan mengenangkan berbayar..ku telan jua. huhuu. Balik ja rumah. terus sambar Alfalfa. tak sabaq rasanya nak detoxxx lemak2,minyak2 dan manis2 ni.Untuk apa Alfalfa ni??
Alfalfa adalah produk Shaklee digunakan untuk detox atau buang toksin. Liza penah ceritakan kebaikan alfalfa di entry ini kenapa saya suka alfalfa. Alfalfa ini telah terbukti mampu menyingkirkan lemak dan kolestrol. Ujian klinikal telah terbukti bahawa penggunaan jangka panjang Alfalfa akan menghaouskan lemak,mengurangkan kolestrol,mencegah penyakit jantung,strok dan darah tinggi. Hanya ALfalfa sahaja yg mempunyai saponin,sperti span iaitu bertindak sebagai serat yg menyerap kolestrol.

Alfalfa juga salah satu produk wajib dalam set kurus Shaklee taw! Kawan baik Alfalfa dalam set kurus ialah Lechitin. Rujuk sini bakar lemak


20 Manfaat Alfalfa Kepada Kesihatan

1.    Merawat gangguan pencernaan
2.    Mengawal kolestrol dalam darah
3.    Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh
4.    Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
5.    Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
6.    Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan
7.    Mengurangkan simptom menopous
8.    Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
9.    Merawat masalah sembelit
10.  Menyahkan toksik dalam tubuh
11.  Mengurangkan kesakitan otot dan sendi
12.  Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
13.  Membantu masalah penghadaman
14.  Membantu memperbanyakkan susu ibu
15.  Mengurangkan masalah pundi kencing
16.  Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
17.  Meningkatkan kesihatan prostat
18.  Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
19.  Menghangatkan hubungan suami isteri
20.  Membantu tingkatkan kesihatan lelaki


Bagi yang mahu dapatkan produk Shaklee ini,anda boleh hubungi saya di Pm/Email/Whatsapp/wechat/line/telegram liza : 017-4342965 
facebook : https://www.facebook.com/laliza89 
pages : https://www.facebook.com/Gurunsid : 
https://www.facebook.com/falizashop2013 
email : ku_marzaliza@yahoo.com 
cod : sekitar sg petani.gurun dan sewaktu dengannya,


Wednesday, 29 October 2014

Vitamin E Shaklee untuk Kecantikan

Ramai orang nak cantik,sapa tak mau cantikkan? Kulit muka yg halus dan mulus serta tulus menjadi idaman setiap insan.hehe. Shaklee menawarkan Vitamin E untuk membantu anda mengekalkan kehalusan wajah anda persis mutiara... Apa itu vitamin E? Meh kita baca yer.



Peranan Vitamin E untuk kecantikan kulit:


  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel




Kenapa Vita-E Complex Shaklee lebih istimewa dari Vitamin E lain?  ini adalah kerana ialah ia diperkaya dengan GRAPE SEED EXTRACT yang menambahkan lagi khasiatnya.

  Kebaikan grape seed extract

  • Menyingkirkan radikal bebas
  • Mengurangkan radang (inflammatory)
  • Membantu kesihatan otak, kulit dan mata.
  • Membantu pengedaran mikro dan kardiovaskular.
  • Mencegah masalah kelenjar prostat
  • Melambatkan proses penuaan
  • Mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit
  • Mencegah kesan negatif yang disebabkan oleh sinar ultraviolet
  • Membantu fungsi sistem saraf otak
  • Meningkatkan daya pertahanan

Tahukah anda? ?
1 kapsul vitamin E membantu melambatkan penuaan, megurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan. Juga mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha.

Jum dapatkan Vitamin E untuk anda sekarang. Mari tampil cantik menarik dan tertarik. :D

Bagi yang mahu dapatkan produk Shaklee ini,anda boleh hubungi saya di Pm/Email/Whatsapp/wechat/line/telegram liza : 017-4342965 
facebook : https://www.facebook.com/laliza89 
pages : https://www.facebook.com/Gurunsid : 
https://www.facebook.com/falizashop2013 
email : ku_marzaliza@yahoo.com 
cod : sekitar sg petani.gurun dan sewaktu dengannya,

Cucur Ikan Bilis bersama Kuah kacang pabila lapar

Semalam..lepas balik keja,rehat2..makan nasi terus. Angan2 nak diet la tu makan awal..last2 lepas mandi tu kul 8 rasa lapar balik. dengan ujan sma,dok rumah pula sorang2.. makin menambah rasa lapar.huhuu..

p dapor,tengok dalam peti ais..ada apa2 yg boleh masak. nampak ikan bilis. so.. apa g. wat cucur ikan bilis la. nyum2...Ni resepi kot la ada yg rasa nak buat kan.. tp macam biasa la resepi liza simple ja. resepi malas.hehehe.

Cucur Ikan Bilis Express
1. tepung gandum dalam 2 cedok.
2. 2 camca tepung jagung(untuk bg rangup)
3. ikan bilis yg telah di blender.(xmau blender xpa.ikut rajin yer. tp kalo xblender besaq sgt la pulak kan)
4. cabai kering yg telah dimesin.
5. bwang besar yg telah ditumbuk.
6. garam secukup rasa.

Cara2.
Campur kesemua bahan diatas..tambah air masak.jgn bnyak sgt sampai lembik pulak yer.. kacau sebati..gorengg dan siap untuk dimakan! heee.

Oleh kerana liza terlampau rajin semalam,liza buat kuah kacang untuk dicicah dgn cucur ikan bilis...Ngehh2.. sedapp..

Kuah kacang.
Blender kacang tanah yg telah digoreng.panaskan belanga,letak sedikit minyak mcam nk goreng telur tu.. masukkan cabai mesin..tumis... masukkan kacang tanah tadi.. masukkan gula merah  liza xda gula merah. guna brown sugar.. lastly masukkan sedikit garam..kacau sebati dan siap untuk dimakan.

Selamat Menjamu Selera!!!




Cukup la untuk sorang makan. Xleh banyak2.. cakap nak diet tadi kan? :P


Nyum2... iloikeeee..

Tuesday, 28 October 2014

Atasi Masalah HB rendah ketika hamil dengan VITALEA & B COMPLEX


Adakah anda ibu hamil dan sering mengalami masalah HB rendah?mesti susah hati kan. Tahukah anda Shaklee juga menawarkan vitamin untuk tangani masalah hb rendah iaitu VITALEA DAN B COMPLEX. 

Sebelum ini liza penah kongsikan tentang kebaikan vitalea di entry ini vitalea hebat dan kebaikan b complex untuk ibu hamil di entry ini b complex utk wanita hamil. Kalini liza nak khusukan kebaikan kedua2 vitamin ini untuk tangani masalah hb rendah. Jum kita kenali punca dan akibat hb rendah kepa ibu dan bayi dalam kandungan.

atasi hb rendah dengan shaklee


Punca masalah HB rendah
1. Kekurangan nutrisi penting seperti zat besi, vitamin B12, asid folik dan erythropoitein
2. Kekurangan hormon : Paras hormon tiriod yang rendah
3. Gangguan pembentukan sel darah merah seperti talasemia

**Kesan kepada ibu**

  •  Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
  •  Mengalami keguguran
  •  Mengalami kegagalan jantung
  •  Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
  •  Risiko alami penyakit berjangkit


**Kesan kepada bayi dalam kandungan**

  •  Pertumbuhan janin terbantut
  •  Bayi lahir tidak cukup bulan
  •  Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
  •  Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
  •  Mati ketika dilahirkan atau stillbirth


Ibu hamil yg mengalami masalah hb rendah ini disarankan mengamalkan diet yang seimbang dan kaya dengan zat besi seperti mengambil:

  • Daging merah
  • Kacang
  • Tofu
  • Kismis
  • Sayuran hijau
  • Kerang


Cadangan Vitamin Shaklee untuk ibu hamil yg mempunyai masalah hb rendah


B COMPLEX

b complex untuk hb rendah

  • Amat diperlukan untuk pembentukan sel darah merah dan hemoglobin
  • Mencegah anemia (tekanan darah rendah)
  • Mengandungi asid folik yang membantu pertumbuhan otak janin








VITALEA


vitalea untuk atasi hb rendah



  • Mengandungi zat besi yg membantu pembetukan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yg sihat.
  • Zat Besi menjadi sebahagian dari struktur hemoglobin yg membawa oksigen kepada tisu dan sel juga penting untuk tumbesar bayi dalam kandungan.












Bagi yang mahu dapatkan produk Shaklee ini,anda boleh hubungi saya di Pm/Email/Whatsapp/wechat/line/telegram liza : 017-4342965 
facebook : https://www.facebook.com/laliza89 
pages : https://www.facebook.com/Gurunsid : 
https://www.facebook.com/falizashop2013 
email : ku_marzaliza@yahoo.com 
cod : sekitar sg petani.gurun dan sewaktu dengannya,

Fenomena Roti Bakar Telur Meleleh

Sebelum ni riuh org brcerita mengenai jeruk pelam asam boi. kecoh nau2. Ramai la pakat mengorder,cod. Alhamdulillah rezeki peniaga kan. boleh cari dwet poket..
liza xpenah order pun. ntah la. sbb rasa mcam boleh wat sndri ja. tp last2 xbuat pun. huhuuu. tp bila dinamakan rezeki ni kan...kak ipar yg kbetulan pregnant beli jeruk tu dan bagi kt liza sebekas. mmg sedap. pedas2 sikit.. tp liza xmkan bnyak. takot sakit perut. xtaw pasepa sejak dua menjak ni makan silap sikit ja sakit perut. makin tua kah?



cara buat jeruk pelam asam boi,resepi jeruk pelam asam boi

Ini resepi kot ada sapa2 nak try buat. :)


Okeh. abeh bab jeruk pelam asam boi,fenomena terbaru pulak dekat Sungai Petani ni adalah Roti Bakar Telur Meleleh.. wuhhh.. tudia la dikatakan zaman skang ni syurga makanan sungguh. Liza pun tgok rmai sgt org post,try la beli. rm2.00 utk sekeping roti dan telur diatas. Sedap tu mmg sdap. tp rsa mcm boleh wat sendiri gk. hahaha..payah kalo ada org fefeling chef tapi malas. huhu



Rsanya yg ni pun senang sangat nak buat. kalo xdak roti tebal,guna ja roti gardenia. bakar sikit. pastu wat telur separuh masak..letak atas roti bakar tadi. letak mayonis,serbuk lada,kicap perasa maggi tu dan kalau suka pedas boleh letak sos cili. Siapp!! Ready to eat. tp kalo malas sila lah beli yer. :)

Monday, 27 October 2014

Khasiat Buah Pisang

ehsan google


Pisang penawar pelbagai penyakit

Pisang mengandungi 3 jenis gula semula jadi - sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Selain itu, pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan seharian.

Tekanan atau stres

Buah pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan seseorang berasa tenang, mengembalikan perasaan hati dan membuatkan rasa gembira.

Neutralkan paras glukosa
Vitamin B6 yang terkandung dalam pisang mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan perasaan hati.

Anemia
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi
Pisang mengandungi kadar potassium yang tinggi - garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Penghadaman
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian yang membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula.

Panas Jantung
Pisang mempunyai kesan anti-asid semula jadi dalam badan. Oleh itu, sekiranya menghadapi rasa panas pada jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi
Jadikan pisang sebagai makanan setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah bagi mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang.

Saraf
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf.

Ulser
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut.

Seasonal Affective Disorder (SAD)
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semula jadi yang membaik pulih perasaan hati kita.

Penyakit Kulit:
Untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa ataupun plaster bedah.

AWAS: Walaupun pisang baik untuk kesihatan dan membantu merawat penyakit tertentu, ia tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%). - Buletin Pengguna

sumber : khasiat pisang

Set Darah tinggi & Kolestrol

Tahukah anda? Masalah jantung merupakan punca utama kematian di Malaysia dan juga didunia. Biasanya sakit jantung yang berpunca dari kadar kolesterol yang tinggi dan tekanan darah tinggi tidak mempunyai sebarang tanda.


Mari kita ketahui tanda-tanda awal penyakit jantung dan mengambil langkah-langkah awal untuk mencegahnya.

1. Sakit Dada
Ia disebabkan sel-sel jantung tidak mendapat oksigen yang mencukupi kerana kurangnya aliran darah ke otot-otot jantung.

2. Sukar Bernafas
Kesukaran ini biasa terjadi ketika tidur atau hanya sekadar berbaring. Untuk mengatasi hal tersebut, ambil nafas dalam-dalam dan hembus nafas perlahan-lahan. Keadaan nafas yang sesak juga berlaku pada malam hari. Hal tersebut dikenali sebagai Paraoxysmal Nocturnal Dyspnea atau kesukaran bernafas akibat kurang kemampuan jantung untuk mengepam darah ke seluruh tubuh dan kembali semula ke jantung dan paru-paru.

3. Kurang Selera Makan
Ia disebabkan oleh pengumpulan cairan di dalam hati atau sistem pencernaan yang mengakibatkan berkurangnya selera makan. 

4. Sering Rasa Lelah Penat
Rasa lesu dan lelah tanpa sebab ini berlaku kerana tubuh tidak mendapat oksigen yang mencukupi.

5. Kerap Buang Air Kecil
Intensiti buang air kecil yang kerap juga boleh menjadi simptomnya. Perkara ini disebabkan cairan yang terkumpul pada ginjal melalui aliran darah pada siang hari. Untuk menghindari hal ini, kawal pengambilan air pada waktu malam hari.



Shaklee telah mencadangkan set Vitamin ini  yg mempunyai kebaikan antaranya adalah:

1.Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan stok.
2.Membantu mengekalkan tahap kolesterol yang baik.

3.Membantu tekanan darah yang normal.

Vitamin yang dicadangkan oleh Shaklee ialah

OMEGA GUARD



  • pengambilan asid lemak omega 3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • memperbaiki kesihatan kardiovaskular disamping memelihara tekanan darah dan paras trigliserida dan kolesterol yang normal.
  • merendahkan kolesterol dan menghindar pembekuan darah di dalam badan
  • saya penah cerita mengenai omega di entry ini omega guard shaklee




  • GARLIC


    • membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan paras kolesterol.
    • menggalakkan kesihatan kardiovaskular.
    • menurunkan kolesterol LDL ,trigliserida dan kelikatan darah.
    • meningkatkan HDL,menghalang stok dan penyakit koronari







    VITAMIN E


    • pemecahan lemak dan kolesterol, bertindak sbg pembersih salur darah.
    • membantu mengemulsi dan metabolisma lemak,kolesterol dan trigliserida dalam tubuh.
    • menghalang tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis.
    • menggalakkan peredaran darah.







    COQ


    • Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
    • Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
    • Meningkatkan peredaran darah
    • Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah.







    Harus diingat, jantung kita ni telah bekerja keras dan berfungsi mengepam darah dari kita masih dalam kandungan ibu kita lagi.Oleh itu sayangilah jantung anda untuk kehidupan yang terus baik sepanjang hari, :)



    Bagi yang mahu dapatkan produk Shaklee ini,anda boleh hubungi saya di Pm/Email/Whatsapp/wechat/line/telegram liza : 017-4342965 facebook : https://www.facebook.com/laliza89 pages : https://www.facebook.com/Gurunsid : https://www.facebook.com/falizashop2013 email : ku_marzaliza@yahoo.com cod : sekitar sg petani.gurun dan sewaktu dengannya,

    Set Kencing Manis Shaklee Bajet

    Penyakit kencing manis atau diabetis merujuk kepada satu golongan penyakit yang mempengaruhi bagaimana badan anda menggunakan atau mengawal gula atau glukosa darah.Glukosa adalah sangat penting untuk kesihatan anda kerana ia merupakan sumber utama tenaga untuk semua sel badan anda. Glukosa merupakan sumber bahan api utama untuk badan anda.
    Jika seseorang itu mempunyai kencing manis, tidak kira apa jenisnya, ia bererti dia mempunyai terlalu banyak glukosa yang terapung di dalam darahnya, walaupun puncanya mungkin berbeza-beza. Pendedahan kepada glukosa lebihan dalam darah boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang serius. sumber dari info kencing manis

    Bagi anda yg tercari-cari vitamin kesihatan yg sesuai untuk pesakit kencing manis,boleh cuba dari Shaklee. Shaklee menawarkan Set Kencing Manis Shaklee Bajet untuk pesakit2 kencing manis. Harga bagi set ini tidak sampai rm100 pun. ^__^ Bagi yg nak dapatkan full set @ set premium akan liza bincang di next entry.

    • B COMPLEX - menukarkan makanan kepada tenaga iaitu menukarkan lemak,karbohidrat, dan protein kepada tenaga sekaligus mengurangkan masalah keletihan.
    • ZINC COMPLEX - membantu pengeluaran insulin,mengekalkan fungsi insulin seterusnya memperbaiki masalah diabetes.




    Bagi yang mahu dapatkan produk Shaklee ini,anda boleh hubungi saya di Pm/Email/Whatsapp/wechat/line/telegram liza : 017-4342965 facebook : https://www.facebook.com/laliza89 pages : https://www.facebook.com/Gurunsid : https://www.facebook.com/falizashop2013 email : ku_marzaliza@yahoo.com cod : sekitar sg petani.gurun dan sewaktu dengannya,

    Pasar Kemboja Parit Buntar

    Selalu dok dengar ja og sebut Pasar Kemboja.. org cakap pasar kemboja ni syurga membeli belah bagi org perempuan. huhu Bagi yg tidak tahu Pasar Kemboja terletak di Parit Buntar. Majoriti yg menjual di situ adalah org kemboja tapi fasih berbahasa melayu tetapi ada juga org tempatan yg berniaga disitu.Alhamdulillah pada 24.10.2014 liza berkesempatan ke pasar kemboja.Jum ikuti perjalanan liza. :)

    Kami bercadang bertolak yakni pukul 6pg.. wuffffff. awalnyer. ya mmg awal. sbb adik ipar cakap kalo lambat nanti parking penuh. jadi totehh2.,. pukul 7 bru kuaq dri homestay.. perjalanan dari homestay ke pasar kemboja dalam 15minit jer.

    okeh dah sampai tu.. kami tengok kedai2 bru mula dibuka. jadi kami yakni rombongan mak cik ani (my mil) mengambil keputusan untuk sarapan pagi dulu. pekena roti canai telur. mabeleess. sedap..









    Sesudah perut penuh. kami pun memulakan jelajah pasar kemboja kami. banyak sangat barang yg dijual. sampai kelabu la mata ni. kebanyakan yg dijual adalah baju,telekung, dan tudung wanita. baju lelaki susah sgt nk jmpa. kesian en suami sayer. tolong bwak barang jer. hehehe..



    Liza ronda xhabes pon. sebab xlarat nak jalan. matahari pulak makin meninggi. panas nya hnya tuhan ja yg taw. pening nak memilih baju sbb terlalu banyak. Sapa2 yg p lepas ni disarankan bawak kipas yer. kipas tangan tu pun xpa. Huhu..





    Hasil tangkapan pada hari tu. liza beli baju jubah sehelai berharga rm30,shaja.yippiii!!!my mum pulak beli blouse dan kain pasang. dalam pukul 10pg kami dh sudah settle membeli dan ready untuk pulang.





    Pada pendapat liza,mmg best pasar kemboja ni. btul la org ckap syurga mmbeli belah kaum wanita. hehehe. tp nak nasihat awal2..p pagi2 yerr.. dan kalo yg ada baby tu..disarankan xyah lah p..kalau nak p jugak,tinggal baby kat sapa2 yer... sbb kesian,nnt panas. Pastu..kena la bijak tawar menawar yer... jgn terus beli. ronda2 dulu. Waktu makan roti canai tu ada pakcik kt situ pesan,kalo nak beli... jalan masok dalam sikit. jgan beli kt tepi jalan.sbb diorang mahal ckit. Heee.

    Okey lah sampai sini saja,sila lah ke Pasar Kemboja,sediakan wang yg mencukupi yer!!! Hehehe...
    posted from Bloggeroid