Menyulam cinta halal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 20 October 2014

Badan dipenuhi cacing akibat makan sushi. Gulppp!!!!!

Gulppppp... telan air liur bila baca cerita ni, Seorang lelaki di China mengadu gatal-gatal dan sakit perut bila diperiksa oleh doktor melalui imbasan doktor badan lelaki itu dipenuh oleh cacing pitaaaa.... yerrrrr...Doktor mengatakan perkara ini disebabkan oleh sejumlah besar ikan mentah yang telah dimakannya (sushi) geli!!! Dah la liza suka makan sushi. Jum ikuti kisah lelaki ini. Nak tepek gambar ekceli geli. tapi tepek gak la. huhu.



China - Sushi, makanan Jepun yang biasanya disajikan bersama kepingan daging mentah, mungkin menggiurkan bagi sesetengah orang. Tapi awas, anda perlu berhati-hati apabila mengambil makanan ini.

Baru-baru ini di China, seorang penggemar sushi di sini telah berhadapan dengan satu keadaan yang menggerunkan apabila dia mendapati bahagian dalaman badannya telah dipenuhi dengan makhluk parasit, cacing pita, kerana memakan terlalu banyak sushi jenis sashimi, kepingan ikan mentah.

Doktor percaya yang sushi yang dimakan oleh lelaki itu telah tercemar. Dia kini telah dirawat di hospital di Guandong.

Kajian mendapati memakan kepingan daging mentah atau separa masak boleh mendatangkan jangkitan pelbagai parasit berbahaya kepada manusia.

Dalam kes lelaki diatas, jangkitan cacing pita berlaku setelah dia menelan larva diphyllobothrium yang biasanya boleh ditemui dalam ikan air tawar seperti ikan salmon. Dan walaupun ikan itu diperap atau pun disalai, larva itu masih hidup.
(Note : Ikan Salmon berasal dari air tawar, kemudian bermigrasi ke laut).

Masalah ini biasanya terjadi di kawasan-kawasan miskin yang mana tahap kebersihan adalah rendah. Namun, kini ia menular ke kawasan bandar kerana sashimi semakin popular dalam masyarakat.

Jangkitan ini boleh membawa maut sekiranya ia sampai ke otak.

Okeh lepas ni kena kurangkan makan sushi. tapi ekceli liza jarang pilih sushi ikan,mmg xlalu pun. selalu pilih yg ayam ka..sotong ka.teloq kaa.. sedddaaappp!!






sumber : www.dailymail.co.uk

Bagi yang mahu dapatkan produk Shaklee,anda boleh hubungi saya di Pm/Email/Whatsapp/wechat/line/telegram liza : 017-4342965 facebook : https://www.facebook.com/laliza89 pages : https://www.facebook.com/Gurunsid : https://www.facebook.com/falizashop2013 email : ku_marzaliza@yahoo.com cod : sekitar sg petani.gurun dan sewaktu dengannya,

No comments:

Post a Comment