Menyulam cinta halal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 30 October 2014

Stress? Apa anda buat? Any tips?


Pernah tak anda rasa tension..stress dan moody sangat2...?? Eh tiba2 ja kan tanya camni.. huhu.. Liza tengah stress ni.. xda mood.. entahlah hilang ke mana mood tu. Napa liza stress? Ohh biarlah rahsia...biar liza dan Allah s.w.t ja taw.. hee.
Apa yg anda lakukan bila anda stress? Jum kongsi... Macam liza sendiri.. Antara benda liza suka buat kalo tengah ada msalah atau stress ialah...


-suka diamkan diri
-berfikir sejenak
-sibukkan diri
-main dengan kucing
-tengok tv
-mengadu kt Allah s.w.t dalam sujud.. Tuhan kan maha Mendengar lagi Memahami...  :(

n kalau stress jugak liza tido.
huhuuu...


Jadi...liiza google2 dan jumpa tips untuk atasi stress menurut islam. elok untuk diamalkan bagi yg kerap sangat stress tu.

Mengingati ALLAH S.W.T
“(Yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka jadi tentram dengan mengingat Allah SWT. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah SWT hati menjadi tentram.” (QS Ar-Ra’d 28)

Kita sebagai hamba yang taat harus selalu mengingati pencipta kita. Tak kira dalam keadaan senang atau susah. Ada banyak cara untuk kita mengingati ALLAH S.W.T salah satunya adalah dengan zikir. 

Basahkah lidah kita dengan zikir, jernihakan hati kita dengan zikir, dan tenang fikiran kita dengan zikir, cara untuk zikir dengan akal fikiran adalah dengan kita merening alam ciptaan tahn dan mengagumi kebesaran-Nya.

Membaca Al-Quran
Al-Quran adalah salah satu mukjizat Nabi Muhammad s.a.w dan kahsiat Al-Quran itu cukup banyak. Jadi jika amalkan sentiasa membaca Al-Quran, agar jiwa kita sentiasa rasa tenteram. Sambil itu kita dapat menbersih jiwa kita dan sentiasa dekat dengan ALLAH S.W.T.

Berdoa Agar Beban Kita Diringankan
Doa adalah senjata kita orang mukmin. Hanya kepada tuhan sahajalah tempat kita bergantung. Jadi kepada Dia sahaja kita meminta pertolongan. Apabila kita stress, rasa terbeban, kita berdoalah agar diringankan bebanan yang kita sedang hadapi. Semoga termakbul doa kita dan dapat menhilangkan rasa stress kita.

Ada juga doa khas untuk kita amalkan selalu apabila menghadapi stress.

حَــسْــبُـنَـا اْللهٌ وَنِــعْـمَ الْــوَ كِيْــلُ

Hasbunallahu Wa Nikmal Wakil Wala Haula Wala Quwwata Illa Billahil Aliyil Azzim


"Cukuplah Allah untuk (menolong kami, dan Dialah sebaik-baik Pengurus (Dan terserah kepadaNya segala urusan kami)".

Tidak ada keupayaan dan kekuatan melainkan dengan kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Besar

Ya Arhamar Rahimin

Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Nota:
Apabila menghadapi tekanan baca ayat ini sebanyak mungkin sebagai zikir.
Insya'Allah hati akan menjadi tenteram.


Apa yang perlu kita ingat bahawa, apabila kita stress, jangan kita hilang punca, jangan kita cepat berputus asa dan menbiarkan jiwa kita berkecamuk dengan biarkan jiwa kita terus kosong tanpa ada pengisian rohani yang sepatutnya.


2 comments:

  1. kalau stress kita pergi shopping..hehehe

    klik di sini

    ReplyDelete
  2. hehhehe. betul jugak kan.
    boleh tmbah ni. tips no 7.

    ReplyDelete