Menyulam cinta halal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 14 October 2014

Cupcake Coklat




Minat makan cupcake.? 
Yg ni versi sempoi dari liza. hehe.

versi apa sja yg ada. 1st try ni. Alhamdulillah menjadi. Resepi liza cedok dri google. tp yg liza cedok tu versi kek coklat kukus. Liza tukaq ke cupcake n bakaq jer. Boleh kot kan? Hehehe. Xpa.. try n error. cawan kertas tu nanti. Resepi liza cedok dari blog ni nyum2. tapi liza ada ubah sikit2. Jum cuba.

Bahan untuk kek coklat.

Bahan A
· 
· 1 cawan gula pasir 
· 1 cawan susu cair ( susu cair xbeli,lupa so xmasukkan)
· 1 cawan minyak masak 
· 1/2 cawan susu pekat 
. 1 cawan air panas

Bahan B 
1 cawan serbuk koko ( tak kisah jenama apa pun ) 
· 2 cawan tepung gandum 
· 1 sudu teh bikarbonat 
· 1 sudu teh baking powder 
· 1 sudu teh esen vanilla 
· 3 biji telur (suhu bilik) 


Cara-cara 
1. Ayak bahan.
2. Pukul gula dan telur sampai kembang. Masukkan minyak dan susu pekat.
3. Masuk esen vanilla. Pukul sampai sebati. 
4. Masuk bahagian B sedikit demi sedikit. (seelok2nya tepung,serbuk koko,soda bikarbonat dan baking powder diayak bersama terlebih dahulu). kacau sebati selama 5 minit ++ di selang seli bersama air panas yer.
5. Masukkan adunan dalam papercup. Kalau rajin tabur la hiasan sikit.
6. Bakar ikut kesesuaian oven masing-masing, Liza bakar 30minit. api 150




Sila tunggu dengan penuh kesabaran, Tapi kena rajin la mai usha2 yer.. takot hangit pulak. Hehehe.

Anak dara ni pun teman mummy baking. Hehehe.. Kalau masuk dapur mesti dia ikut. Baguih2..


Tadaaaa.. dah siap. ,Mudah je. Enak dimakan panas2. Hehehe, Selamat Mencuba!



No comments:

Post a Comment