Menyulam cinta halal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 21 October 2014

Isu Che Ta Bersalin Ditaja. Wahh.. bergosip pula!

Minggu ni kecoh cerita isu artis ditaja  untuk bersalin. Aik? selalu taja untuk kawen,tunang.,ni bersalin?Haishh.. mula2 liza tak paham jugak apa yg dikecohkan ni,tapi bila baca satu persatu komen dan cerita baru lah paham. Mula2 rasa macam tak nak amek tahu,sebab rasa tak penting..tp bila kawan2 bercerita & naik banyak dekat newsfeed fb,klik je la kan baca apa yg patot. xmau ketinggalan. hehhe.



Isu ni bermula apabila Hospital Ampang Puteri milik Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) yang ingin memberikan tajaan kepada aktress Rozita Che Wan termasuk urusan bilik bersalin, bilik penginapan, rawatan dan layanan kelas A secara percuma. Maka ramailah peminat yg tak berpuas hati dan anggap ini adalah satu pembaziran.

Pada pendapat liza lah kan...bukan salah artis itu kalo orang nak taja..yalah. benda free kan sapa xmau. Mungkin pihak yang nak taja tu ada sebab diorang tersendiri. Untuk naikkan nama hosptial diorang maybe! Yala..che ta kan glemer.. huhuu.. Tapi bila difikirkan balik,kenapa tak taja ja org2 miskin? Mesti hospital tu akan lebih dipandang tinggi oleh masyarakat. Dapat jugak pahala....kan? Emmm ntah lah yer.. lain orang lain pendapat. Bergosip pulak pagi2 ni. ahahah.. Tapi apa2 pun ni semua bergantung pada rezeki.,.mungkin ni rezeki che ta dan baby dalam kandungan. Rezeki tak boleh ditolak,kalo liza pun nak jugak! hehehe:)

Apa2 pun kita doakan yg baik2 sahaja ya untuk che ta dan baby. Semoga che ta selamat bersalin nanti, Amin.



No comments:

Post a Comment