Menyulam cinta halal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 16 October 2014

Tompi & Kiki : Pokok Kucing Galak


Alhmdulillahh.. My meow dah sembuh. Maksudnya tak kena la virus parvo tu. Lega sangat. Lepas jumpa doktor ritu,adalah bagi ubat yg diberikan doktor tu. Liza saja la terpikir untuk cuba  jugak secara tradisional. So terpikir lah nak bagi pokok kucing galakPokok ni setahu liza memang baik untuk kucing.  Kebetulan pulak depan ofis liza memang ada pokok ni,tumbuh secara meliar je. Liza amek dalam 2,3 pkok untuk tompi n kiki. 

Pokok Kucing Galak atau nama saintifiknya 'Acalypha Indica' ini berasal dari India dan senang tumbuh meliar di negara-negara sebelah sini. Pokok ini adalah dari jenis berbatang lembut dan berdaun dan berbuah hijau.Ia menjadi salah satu kegemaran kucing memakannya untuk menambah tenaga terutama kucing jantan yang mampu melayan berapa banyak kucing betina. Kucing betina pula memakan daun dan buahnya dimakan selepas melahirkan bagi mengembalikan kekuatan.
Kucing Galak (Acalypha Indica) merupakan satu tanaman herba yang berkhasiat. Malah akarnya dikatakan boleh dihidu oleh kucing walaupun dari jauh. Ini kerana ia ibarat ubat kuat kepada kucing. Mungkin senario tersebut secara tak langsung menyebabkan tumbuhan herba ini dinamakan sebegitu.
Ini adalah rupa pokok kucing galak. Thanks to google!





Tompi gigit akar ni sampai tergolek-golek dah, Hahaha..

Kiki gegurl...ofkos la kena sopan time makan. Hehehe.

No comments:

Post a Comment