Menyulam cinta halal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 10 October 2014

Petua Untuk Mengasihi Suami

Assalamualaikum...
Wah tajuk entry kalini kerlassss sgt. hehhehe.. Kita pasangan suami isteri haruslah bijak mewarnakan rumah tangga kita kan.Liza xpandai. tak sampai setahun lg usia perkahwinan..tapi tak salahkan cari ilmu. hehehe..untuk kekalkan suasana atau mood bru kahwin ni. (baru ker..?? 9 bulan dah. hehehee)

okeh aritu saja la google2 n jumpa tips ni.lupa dh amek kat mana. Jum kita baca dan amalkan. Khas untuk kaum isteri yer. suami nak baca pun tak da masalah. Jom!

Tips kasih syg berpanjangan

1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna dan selitkan jelingan-jelingan manja.

2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perut suaminya. 

3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.

4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari, walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.

5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu.Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.

6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.

7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk

Okeh dah paham?? Apa lg.. jum amalkan!
jum sama2 mencari pahala dengan berkasih syg. 😊😊😊


4 comments:

  1. kelas tajuk liza.. info berguna untuk yang bakal berkahwin.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee,, tajuk kena gempak gituuu... :D

      Delete