Menyulam cinta halal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 13 October 2014

Virus Parvo - Musuh Pencinta Kucing

Hai semua.

Nak cerita. Liza baru balik dari klinik haiwan ni. Liza kan ada bela kucing. Tompi dan Kiki namanya.. sehari dua ni Tompi tak berapa sihat.. kurang makan. dan baru-baru ni dia cirit birit dan muntah. Them husband msg td bagitau si Kiki pon cirit jugak. Aishhh..susah sangat hati. Bila p jumpa vet tadi dia mintak bwak tompi and kiki sebab dia nak check. Liza risau sangat2 takot diorang terkena virus parvo. Harap-harap cuma demam atau sakit-sakit biasa (crying) 



Liza google2 mengenai virus parvo ni. Bagi yang tak tahu,jum kenali serba sedikit mengenai virus ini, Saya jumpa mengenai maklumat ni dari.sini



Parvo virus ataupun sebenarnya dikenali sebagai panleukopenia adalah sejenis virus yang membahayakan kucing dan boleh mengundang maut kerana tiada ubat yang bersesuaian untuk mengubatinya jika dijangkiti. Malah virus ini pula sangat mudah merebak.

Nama Virus
Ianya terdapat beberapa nama yang dikenali sebagai virus ini adalah merujuk kepada virus yang sama:-
  1. Feline Infectious Enteritis (FIE)
  2. Feline Panleukopenia
  3. Feline Parvovirus
Habitat Virus
Kawasan persekitaran yang tidak bersih yang mengundang penempatan virus ini sebagai habitatnya dan virus ini amat kuat dan daya tahan tinggi serta boleh hidup bertahun. Ianya memerlukan ubat/racun yang kuat untuk menghapuskannya.

Risiko
  • Anak kucing adalah berisiko tinggi terutamanya yang berumur antara 4 - 16 minggu kerana antibodinya masih lagi lemah ataupun dalam bentuk pembentukan serta juga di waktu ini anak kucing sudah mula putus susu dari ibunya (susu ibu memberikannya kolostrom yang kaya antibodi)
  • Kucing yang tidak pernah divaksinkan ( tompi dah vaksin kali kedua. kiki baru sekali.)
Tanda-tandanya
  • Muntah
  • Cirit-birit (kekuningan, berbau serta berdarah sedikit)
  • Tidak makan
  • Demam panas melampau
  • Letih & tidak bermaya
  • Menjadi kurus
Rawatan
Hanya secara klinikal dari vet bertauliah saja yang boleh membantunya tetapi agak tipis juga kerana antibiotik yang diberikan hanya dapat melawan penyakit yang diserang ketika badannya lemah. Virus ini akan menyerang sel darah putihnya yang berfungsi melawan bakteria dan kekurangan sel-sel ini memudahkannya diserang virus lain.

Apa yang perlu dilakukan
Jika salah seekor kucing dijangkiti virus ini, semua tempatnya termasuk sangkar, bekas makanan/minuman, kotak pasirnya serta lain-lainnya perlu dibersihkan sekerap mungkin untuk membunuh virus ini.

Bagaimana mencuci untuk membunuh virus ini
Penggunaan klorox dapat membantu membunuh virus ini dan pencuci biasa tidak dapat membantu dan perlulah dicuci sekerap mungkin untuk beberapa minggu kerana virus ini boleh hidup dalanm jangkahayat yang lama.

Apa yang perlu dilakukan kepada kucing yang dijangkiti
Setelah mendapat rawatan dari vet, kita boleh membantu menguatkannya dengan cara memberi makan setiap hari kerana kucing yang dijangkiti sudah tidak akan makan lagi. Sekiranya suapan yang diberikan berjaya dimakan beberapa hari iaitu dalam 3-5 hari, berkemungkinan ianya akan selamat di samping ubat dari Vet. 


Ini serba sedikit mngenai virus ni. Pengetahuan untuk pencinta haiwan diluar sana. Sebagai langkah berjaga-jaga untuk kita. 

Tolong doakan Tompi n Kiki liza tak dijangkiti virus ni. Hurm.. :(




                
My kiki
My tompi






                          



No comments:

Post a Comment