Menyulam cinta halal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 12 November 2014

Lesu tak bertenaga seperti mayat hidup? Part 2

Okeh entry kalini kesinambungan dari entry sebelum ini iaitu  set tambah tenaga Shaklee. Sebelum ni liza terang tentang Vitalea ja jadi harini liza nak cerita tentang geng2 dia yg lain iaitu b complex,vitamin c dan esp yg berkesan memberi tenaga kepada anda.



B COMPLEX

Bcomplex adalah vitamin yang diconsume di waktu pagi kerana ia akan membantu supaya lebih tenang (vitamin anti-stress), bertenaga dan bersemangat untuk memulakan hari. B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protien, lemak dan karbohidrat kepada tenaga manakala asid folik dan B12 membantu pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh. Lengkap untuk keperluan sel, menjadikan sistem tubuh bekerja dengan sempurna. B-Complex dioptimumkan dengan pengambilan bersama vitamin C.







VITAMIN C 

Vitamin seperti juga BComplex, mudah larut dan musnah dalam badan. Oleh itu, bekalan vitamin C yang berterusan amat penting untuk menyokong segala proses dalam badan. Vitamin C menyokong kesihatan tulang, gusi dan gigi serta kesihatan keseluruhan. Individu yang sering rasa penat, letih, lesu dan tidak bermaya mungkin kekurangan vitamin C.


ENERGY SOP PROTEIN 


Energy Soy Protien (ESP) adalah protien sihat yang memberikan bekalan tenaga berterusan manakala sifatnya  rendah glisemik indeks yang memberikan rasa kenyang lebih lama. Pengambilan susu bersama ESP dan kurma memberi badan lebih tenaga untuk bekerja dengan produktif sepanjang pagi. Prof Muhaya, ada memberikan resepi istimewa yang beliau amalkan setiap pagi demi mendapat khasiat dan nutrisi lengkap pagi hari.




Bagi yang mahu dapatkan produk Shaklee ini,anda boleh hubungi saya di Pm/Email/Whatsapp/wechat/line/telegram liza : 017-4342965 facebook : https://www.facebook.com/laliza89 pages : https://www.facebook.com/Gurunsid : https://www.facebook.com/falizashop2013 email : ku_marzaliza@yahoo.com cod : sekitar sg petani.gurun dan sewaktu dengannya,

Tips tampil hot depan suami

Banyak persepsi yang menyatakan kalau wanita seksi itu adalah wanita yang memperlihatkan sebagian tubuhnya yang menarik, seperti memperlihatkan paha, payudara, dan sebagainya. Padahal menurut suami, seksi itu bukan hanya bisa menarik di depan mereka.
Suami menganggap, seksi yang sebenarnya adalah kepercayaan diri yang bisa membuat seorang wanita itu merasa pintar, lucu dan memiliki kehidupan yang baik dari kebiasaan baik yang dilakukan setiap harinya.


Berikut kami rangkum 9 cara agar merasa seksi di depan pasangan Anda

1. Rawat diri Anda

Memiliki kepribadian tomboi bukan alasan untuk tetap bersih. Setiap wanita harus bisa merawat dirinya. Coba biasakan mandi air hangat, pijat tubuh Anda dengan lotion, biarkan tubuh Anda istirahat yang cukup.

"Saya menyikat kulit dengan sikat lembut setiap pagi saat bangun tidur. Itu membuat kulit saya merasa jauh lebih hidup," kata Mary-McGuire Wien dari New York City.

2. Beli Bra terbaik
Menurut Marx, Bra adalah investasi yang semestinya dilakukan oleh wanita. Dengan mengenakan pakaian dalam terbaik, bisa membuat wanita merasa lebih percaya diri

3. Buat riasan gelap pada mata

Kenakan eyeliner hitam dan riasan smoky eyes dan acak sedikit rambut Anda agar mengesankan Anda sedang menggodanya.

4. Tiru gaya wanita favorit Anda

Berpura-puralah menjadi aktris seksi seperti Eva Mendez dan lainnya untuk menarik perhatian suami. Karena dengan berpura-pura menjadi mereka, Anda bisa tampil percaya diri di depan suami.

5. Masak bersama pasangan

Hal ini paling menyenangkan adalah memasak bersama. Membuat diri seolah-olah chef dan membuat masakan dengan rasa cinta kepada pasangan.

6. Jangan terlalu memaksakan diri

Memang semua wanita menginginkan dirinya bisa seksi apalagi di depan pasangannya. tapi ketahuilah, jangan memaksakan diri terhadap apa yang Anda lakukan, misalnya diet atau gym berlebihan.

"Ada kalanya seorang wanita juga lelah mengurus dirinya dan ingin makan semangkuk besar popcorn, kata Marx.

7. Cintai diri Anda

Berdirilah di depan cermin dan katakan semua hal baik tentang Anda di depan cermin. Ini bisa membuat Anda lebih percaya diri.

8. Kenakan pakaian nyaman

Kenakan pakaian yang Anda anggap nyaman. Seksi bukan berarti Anda mengenakan stoking jala setiap hari. Apalagi ketika Anda duduk, jangan mengesankan ke suami kalau Anda tidak bagus dalam hal selera berpakaian .

9. Pakai parfum yang sesuai dengan kepribadian Anda

Untuk membuatnya nyaman berada di dekat Anda, coba pakai parfum yang bisa membuat pasangan Anda mengingat Anda terus menerus. Dan jika Anda sudah menikah, coba semprotkan parfum di diri Anda seperti leher dan sedikit di telinga.

info dari : https://www.facebook.com/notes/708670779177144/

Tuesday, 11 November 2014

Lesu tak bertenaga seperti mayat hidup?

Selalu penat dan keletihan dengan kerja seharian? Sampai kalau lena tu tak sedar bom meletup?huhuuu... Tahukah anda jika anda selalu keletihan dan lesu akan mengganggu pergaulan seharian anda.? 


kenapa pula ya?

okeh liza bagi contoh.
Jika anda sering letih..tak cukup tidur,bila anda ke tempat kerja anda akan kurang fokus. Sekiranya rakan kerja berbual anda akan ketinggalan dan hanyut dengan dunia sendiri. Jadi ini mungkin membuatkan rakan anda menjauhi anda 

Jika dirumah,sekiranya anda kerap letih dan lesu. Anda akan kurang berkomunikasi drngan anak2 dan pasangan. Maka hubungan kekeluargaan akan terjejas..

maka oleh itu anda haruslah mendapatkan tenaga yg secukupnya untuk tampil sihat dan aktif. Shaklee menawarkan set tambah tenaga untuk anda. Perlu diingat yer..vitamin bukan dadah.,dimana boleh memberikan tenaga serta merta.

Set vitamin yg dicadangkan oleh Shaklee ialah,

vitalea
b-complex 
esp
vitamin c.

tapi harini liza nak fokus untui vitalea dahulu yer



Multivitamin untuk Tambah Tenaga (Vitalea Shaklee)

Vitalea mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang dirumus khas untuk memenuhi keperluan mikronutrienorang dewasa. Insyaallah sangat membantu peningkatan kesihatan sekiranya diambil secara berterusan. Ia dilengkapi dengan zat besi untuk pembentukan lebih banyak sel Farah merah, mengelakkan anemia dan meningkat paras HB. Selain itu, ia turut mengandungi Magnesium, kalsium, fosforus, vitamin C dan Vitamin D yang menyokong kesihatan tulang.   


Vitalea adalah multivitamin Shaklee yg terkenal dengan khasiatnya untuk menambah tenaga. Ramai kaum wanita dan isteri khususnya suka order Vitalea dengan liza sebagai vitamin wajib mereka,kerana percaya dengan keberkesanan vitalea dalam memberi tenaga kepada mereka.

Bagi yang mahu dapatkan produk Shaklee ini,anda boleh hubungi saya di Pm/Email/Whatsapp/wechat/line/telegram liza : 017-4342965 facebook : https://www.facebook.com/laliza89 pages : https://www.facebook.com/Gurunsid : https://www.facebook.com/falizashop2013 email : ku_marzaliza@yahoo.com cod : sekitar sg petani.gurun dan sewaktu dengannya,

Kurus Melidi tapi bukan lidi

Panggilan si keding,si kurus,papan lapis ,mayat hidup dan lain2 lagi pasti menyakitkan hati kan? Bukan tak makan,tapi makan lebih dari orang lain,tapi berat badan still tak naik?

okeh... liza rasa tak semua orang nak kurus kan?pastu ada jugak yg nak berisi tak pun ada potongan sikit.. disini liza nak kongsi cadangan dari Shaklee set untuk menaikkan berat badan dan mendapat bentuk badan sempurna anda! Iaitu mealshake,b-complex dan vitalea.

Meal Shake - membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. Sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein.






Vitamin B complex - mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan. mengawalatur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.



Vitalea - membekal 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@ beguk(penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea kita), supplement penting untuk diet atau slim yang mana walau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang, mengelak pitam dan pening.



Ramai telah berjaya mendapatkan berat badan ideal mereka,anda bila lagi?dapatkan set naik berat ini dari Liza segera dan buang perkataan papan dari kamus hidup anda. :)


Bagi yang mahu dapatkan produk Shaklee ini,anda boleh hubungi saya di Pm/Email/Whatsapp/wechat/line/telegram liza : 017-4342965 facebook : https://www.facebook.com/laliza89 pages : https://www.facebook.com/Gurunsid : https://www.facebook.com/falizashop2013 email : ku_marzaliza@yahoo.com cod : sekitar sg petani.gurun dan sewaktu dengannya,

Kes Buli menjadi-jadi,apa peranan ibubapa? Part 2

Okeh entry kalini adalah kesinambungan dari entry sebelum ini iaitu entry ini. Okey,straight to the point jum kita tengok langkah ke 5 dan seterusnya.


Langkah 5 - Guna masa positif bersama anak

a.    Cuba berusaha untuk mencari masa yang positif bersama anak daripada kebiasaan. 
b.    Galakkan anak bercakap mengenai dirinya dan perasaannya. 
c.    Tanya anak mengenai aktiviti yang telah berlaku. 
d.    Banyakkan memberi pujian kepada anak. 
e.    Beri peluang kepadanya untuk melakukan yang terbaik.- conthnya membantu ibu bpa membuat kerja rumah, membuat tanggungjawab baru atau menunjukkan kemahiran atau bakat baru.

elak buli

Langkah 6 - Beri kemahiran menahan diri

a.    Bantu anak mempunyai kemahiran menahan diri (resistance). 
b.    Buat main peranan kepada anak apa yang perlu diperkatakan dan lakukan apabila berjumpa pembuli. Disini ada beberapa idea awal:•    berdiri tegak dan lihat matanya, dan cakap dalam suara tegas dan yakin, “Tinggalkan saya!” atau “Tolong jangan buat! Saya tak suka!” 
•    beritau tentang sesuatu yang lawak ( Tetapi jangan  melakukan sesuatu yang menyindir atau make fun of the bully)
•    tenang dan berjalan terus. Elok pergi ke arah orang ramai atau kumpulan rakan anda. 
•    jika anda rasa ada bahaya , LARI sekuat hati.
•    beritau orang dewas. 
•    Juga sentiasa berdoa kepada Allah  SWT untuk mengelakkan perkara buru. Bagi anak Muslim bacalah Allah Akhbar, Ayat Kursi.Minta anak anda bertanyakan kepada guru atau kaunselor di sekolah jalan penyelesiaan yang lain. Tanya juga kepada anak anda lain-lain cadangan. Banyak candagan adalah suatu yang baik dan hebat jika ia berkesan.


Langkah 7 - Beri kemahiran sosial

a.    Cuba hantar anak anda ke kelas yang mengajar: 
i.    kemahiran asertif, 
ii.    kemahiran bersahabat,
iii.     kemahiran menahan diri( self-defense).PENTING: Kelas pertahanan diri bukanlah untuk menjadi seorang yang agresif. Ia mengajar anak-anak mengenai bagaimana mengelakkan konflik melalui disiplin diri, kawal diri, dan membaik yakin diri.  Kebanyakkan seni pertahanan diri mengajar mengenai pertahanan yang tidak ganas. ( non-violence).b.    Sekiranya anak anda kurang mempunyai rakan, aturkan supaya dia boleh mengikuti kelab remaja dan lain yang disukainya. Ini membantu meningkatkan yakin diri dan membina kemahiran sosial. Anak-anak yang yakin dengan kemahiran bersosial jarang dibuli.


cara atasi buli

Langkah 8 - Berdoa kepada Tuhan yang ESA

1.    Selalulah berdoa kepada Allah SWT untuk mendapat petunjuk. 

Doa adalah memohon sesuatu kepada Allah Tuhan yang Esa. Amalan berdoa disuruh Allah dalam firman bermaksud:“Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.  Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina.” (Surah Ghafir, ayat 60)Doa adalah kekuatan dan harapan. Hadith Nabi Rasulullah SAW bermaksud:            “Doa itu senjata orang mukmin

Dadah tidak membantu atasi stress

Jika sebelum ini liza penah buat entry mengenai cara atasi stress jika yg belum baca tu boleh rujuk entry ini cara atasi stress. Kalini liza nak share tentang Vitamin Shaklee yang mampu untuk hilangkan masalah mereka yang kerap stress. Jangan ambil jalan singkat dengan mengambil ubatan atau dadah yang terlarang. Merana jiwa okeh,

Selalunya apa yg membuat kita stress? Antaranya seperti tekanan seharian di tempat kerja,dirumah suri rumah stress dengan kerja-kerja rumah dan selain itu juga faktor pemakanan yg kurang sihat,Oleh itu Shaklee menawarkan untuk anda B-complex Shaklee yang berkesan untuk atasi masalah stress anda.



Apakah kandungan B-Complex Shaklee??


Vitamin B Complex terdiri daripada lapan vitamin B yang penting dan beberapa bahan-bahan yang berkaitan. Lapan vitamin itu adalah:

1.Vitamin B1 (thiamine)
2.Vitamin B2 (riboflavin)
3.Vitamin B3 (niasin)
4.Vitamin B5 (Pantothenic asid)
5.Vitamin B6 (pyridoxine)
6.Vitamin B7 (Biotin)
7.Vitamin B9 (asid folik)
8.Vitamin B12 (cyanocobalamin)


Bagaimana B Complex Shaklee mengurangkan stres?


1.Vitamin B1~ mengurangkan kelesuan, keresahan, mempertingkatkan kecerdasan mental, melancarkan peredaran darah, meningkatkan stamina badan, menyihatkan sistem pencernaan dan memperbaiki metabolisma

2.Vitamin B2~ mengurangkan keletihan mata, katarak, jangkitan lidah, membantu mengaktifkan vitamin B6 dan asid folik.

3.Vitamin B3~ mengurangkan pengaliran kolestrol di dalam darah, memperbaiki kesihatan kulit, rambut, sistem pencernaan dan mengelakkan depresi. 

4.Vitamin B5~Asid Pantothenic memainkan peranan yang penting dalam melegakan tekanan/ stress. Sering dirujuk sebagai "vitamin anti-tekanan,".
Penting untuk pengeluaran hormon yang berkaitan dengan tekanan yang dihasilkan dalam kelenjar adrenal, menurut University of Maryland Medical Center. Vitamin B kompleks boleh membantu memulihkan kelenjar adrenal daripada stress.

5.Vitamin B6~ penting dalam proses asid amino, mengawal serotonin di dalam otak (ketidakseimbangan menyebabkan depresi), mengurangkan senggugut, menenangkan emosi, mengurangkan kekejangan otot dan sebagainya. 
Perubahan dalam tahap serotonin boleh mengubah mood dan menjejaskan keupayaan seseorang untuk menghadapi tekanan / stress

6.Vitamin B12~ meningkatkan selera makan, memperbaiki tindak balas saraf, mengelakkan anemia, keletihan, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus dan keupayaan seksual

7.Biotin~ membantu B Complex menjadi lebih efektif, mengurangkan rabun, rambut beruban, eczema dan keradangan kulit

8.Asid Folik~ kesihatan fetus, kurang risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, stres, ulser mulut dan sebagainya
#Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh. Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang 
kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.


Vitamin B memainkan peranan penting dalam metabolisme tenaga. Bahan-bahan choline dan inositol menawarkan kesan menenangkan yang boleh membantu dalam menangani tekanan.

Bagi yang mahu dapatkan produk Shaklee ini,anda boleh hubungi saya di Pm/Email/Whatsapp/wechat/line/telegram liza : 017-4342965 facebook : https://www.facebook.com/laliza89 pages : https://www.facebook.com/Gurunsid : https://www.facebook.com/falizashop2013 email : ku_marzaliza@yahoo.com cod : sekitar sg petani.gurun dan sewaktu dengannya,

Monday, 10 November 2014

Kes Buli menjadi-jadi,apa peranan ibubapa?

Masyarakat baru-baru ini dikejutkan dengan penyebaran video pelajar membuli. Liza sendiri dah tengok video tu dan rasa sedih sangat. Kesian tengok mangsa yang tak bersalah merayu minta dihentikan diperlukukan sebegitu. Tak boleh bayangkan kalau perkara ni jadi pada anak-anak atau kaum keluarga. :(

Liza percaya ramai ibubapa sebolehnya tidak mahu perkara ini (buli) berlaku kepada anak-anak mereka kan. Disini liza share kan serba sedikit mengenai tips untuk ibu bapa yang anak mereka menjadi mangsa buli.


Langkah 1 - Percayalah kepada anak anda

Tanya secara khusus dan tulis maklumat tersebut. Soalan seperti: 
•    Siapa yang membuli?
•    Apa yang dilakukan? 
•    Di mana ia dilakukan?
•    Bila ? 
•    Bagaimana boleh berlaku?
•    Siapakah orang lain yang bersama?
•    Apakah perasaaan ketika itu?



mangsa buli

Langkah 2 - Tanyalah kepadanya

Sekiranya mereka tidak mahu bercakap tentang hal dia dibuli. Kebanyakkan kanak-kanak tidak mudah untuk memberitahu: Mereka merasa malu, atau takut. Ambil inisiatif. tanya secara khusus dan tulis maklumat tersebut.Cuba mendekati mereka secara tidak langsung. Beberapa soalan ini dapat membantu:
•    “Okay, siapa yang suka buli di kelas?”
•    “Bagamaina kamu tahu dia itu seorang pembuli? Apakah yang dilakukan olehnya?”
•    “Apakah pandangan kamu terhadap orang yangkena buli?”
•    “ Siapakah orang yang selalu dibuli sepanjang masa?”
•    “Adakah pembuli itu pernah buli kamu?”
•    “Apakah yang selalu dikatakan atau dilakukan oleh pembuli? Bagamaiman perasaan kamu bila dibuli?”


Langkah 3 - Perkara yang perlu di ELAKKAN

a.    Elakkan dari konfron pembuli atau ibu bapa pembuli. Ianya mungkin tidak membantu malah mungkin menambah masalah.
b.    Elakkan menyuruh anak “ balas balik”. Pembuli selalunya lebih kuat dan lebih berkuasa daripada mangasa. Anak tuan/puan mungkin cedera.
c.    Elakkan menyalah anak. Selalunya bukanlah kesalahan mangsa buli dalam kes buli.

d.    Elakkan berjanji merahsiakan kes buli. Ini akan memberi kebenaran kepada pembuli untuk terus membuli. Sebaiknya katakan kepada anak bahawa tuan/puan akan menolong dan akan meminta guru untuk membantu menyelesaikan kes buli ini.


mangsa buli



Langkah 4 - Hubungi guru

a.    Hubungi guru  segera jika anak anda menjadi mansa buli
b.    Mohon berjumpa guru secara private ( tiada pelajar lain perlu ada kecuali anak tuan/puan mengetahui mengenai perjumpaan ini). 
c.    Bawa maklumat bertulis yang diambil dari anak dan berkongsi dengan guru. 
d.    Minta pandangan guru (guru mungkin tahu lebih tentang buli). 
e.    Minta satu salinan mengenai polisi anti- buli sekolah. 
f.    Beradalah dalam keadaan tenang dan penuh hormat.: Guru anak tuan/puan akan membantu.
g.    Tanya guru apakah yang akan dilakukannya. Elok lebih khusus. Apa yang anda mahu dari guru: 
•    mahu kes buli diberhentikan 
•    mahu tahu kesan yang khusus mengenai buli, dan menggunakannya terhadap pembuli. 
•    bantu pembuli ubah tingkahlakunya.
•    bantu anak tuan/puan mempunyai kemahiran asertif dan katakan tidak kepada buli
•    mengawasi keselamatan anak pada masa akan datang
•    memaklumkan kepada anda tindakan yang akan diambil dan perkembangan perkara tersebut. 
 PENTING- Menyelesaikan masalah buli mengambil masa. Cuba bersabar. Guru perlu berbincang dengan anak tuan/puan, bercakap dengan pembuli, bercakap dengan rakan-rakannya yang menyaksikan kes buli ini, dan mengenalpasti penyelesaian yang terbaik kepada semua yang terlibat.


Okeh rasanya sampai takat ni dulu tips yg liza kongsi, Nanti kalau banyak sangat pening pulak nak baca kan? Tips seterusnya akan liza kongsi di next entry, Sampai ketemu lg ye! :)





Nak minum ESP ada caranya.. bukan suka-suka taw

Jika haritu liza share cara makan Omega Guard yg betul di entry ini Makan Omega dengan Betul,jadi pada harini liza nak share tentang cara minumn Energy Soy Protein Shaklee atau lebih glamour dengan singkatan ESP. Untuk apa ESP ni?? Macam2 lah.. boleh rujuk disini. kebaikan ESP yg perlu anda tahu. Okeh dah tahu kebaikannya jum kita tengok cara minum esp pulak yer.

1) ESP + Air Suam

2) ESP + Fresh Milk (Susu kotak atau susu tepung)

3) ESP + Milo

4) ESP + Twister Oren

5) ESP + Fresh Milk + kurma (kurma tu rendamkan dulu dan boleh potong saja kecil2 
mahupun blend) 

6) ESP + Ribena  

7) ESP + Nesvita 3 in 1 

8) ESP + Susu Anmum 

9) ESP + campuran buah-buahan dan blend (boleh pilih buah kegemaran anda) 

10) ESP + Horlicks 

11) ESP + Nestle Bliss

12) ESP + Meashake/Performance Drink/Cinch Shake


Cadangan Sukatan dan Waktu Minum ESP

Sukatan : 1 sudu besar ESP + Air Kegemaran Anda (1 atau 2 kali sehari)

Untuk yang ingin kuruskan badan, boleh mengambil ESP di antara waktu makan utama supaya perut rasa kenyang:) 


Tips ESP

  • Jangan bancuh dengan air panas, air kafein atau air berkarbonat sebab boleh hapuskan nutrisi esp.
  • Jangan ambil lebih dari 3 sudu sehari kerana ini akan membebankan ginjal
  • Gunakan tumbler atau shaker untuk menggoncang bancuhan ESP untuk lebih mudah larut. Kalau guna sudu sahaja, nanti tak semua yang larut, jadi berketul-ketul


Cara buat masker ESP
Oh ya! Tak lupa jugak,ESP juga boleh dibuat sebagai masker! Walaweeehhh!!!

  1. Ambil 1 sudu kecil ESP, bancuhkan dengan sedikit air sejuk.
  2. Apply di muka sehingga penuh dan rata.
  3. Biarkan semalaman / bagi yang tak selesa tidur dengan masker boleh cuci selepas 2-3  jam.

Si warna Ungu penambat hatiku


Saja la belek2 pic ni... terperasan something...
Eh,,eh.. macam berpakat pulak kan? Tema warna baju kahwin kami semua sama kaler. Ungu!! Heehe. Adakah ini suratan atau kebetulan? Liza niat asal dlu waktu nak kahwin nak pkai warna hijau zamrud ala2 scha al-yahya tu, hee. tp xda yg berkenan,pilih la purple lagipun mmg feveret colour.


Ni.. ehemm2.. pengantin lama. warna purple menjadi pilihan hati. hehhee.

Abang sulung husband liza, Warna purple!


Pengantin Baru,warna purple jugak, kebetulan kan?? hehehe.

Tak tahu la kebetulan atau diorang adik beradik ni berpakat ka apa, hewheww.. Tapi liza memang suka warna purple. Oh ya. lelaki2 handsome diatas adalah adik beradik yer,suami liza ank kedua. Yg bru kahwin ni anak ke 3. Dan liza dapat biras baru, Yeayy!!!

Alhamdulillah..semoga ukhwah yang baru terjalin diantara kita ini berkekalan selamanya. :)

Peluang berjumpa Orang tertinggi didunia

Alhamdulillah.. semalam dah berlangsung majlis bertandang adik ipar liza. Syukur semuanya berjalan dengan lancar walaupun di awal pagi hujan turun dan sedikit lecah, Okeh entry kalini bukan nak cerita tentang kenduri tapi tentang pengalaman liza berjumpa dengan orang tertinggi di dunia,Ajaz Ahmed.

Beliau datang atas jemputan dari adik ipar sendiri,maybe adik ipar ada kenalan kot..liza pun xtaw. Tiba2 hari kenduri dia dh mai, memang excitedddd. Selalu tengok lam internet n tv ja, ni dapat tengok live. hehhe,, Tak lepas peluang untuk ambil gambar, :)

Di bawah ini ada serba sedikit biodata mengenai beliau.

Ijaz Ahmed (juga dikenali sebagai Ajaz Ahmed, lahir 1976) adalah seorang petani Pakistan, dan juga adalah orang kedua tertinggi di dunia. Beliau berasal dari kampung Bakkhar dalam Daryakhan, Punjab, dengan ketinggian 8 kaki dan 4 inci. (254cm).kata MC,manusia tertinggi dunia wat masa skrg ni adalah beliau .. jika sebelum ni ijaz ni orang ke-3 paling tinggi kat dunia selepas Bao Xishun dari China a Former tallest man recognized by Guiness World Record at 2.36m   (7 ft 9 in)]. Tapi dengor2 gosip,, Guiness World tak iktiraf Ijaz sebab dia beragama Islam.. tak tahu lah betul atau tak. Kalau betul kesian kan. hemm hemmm

 Ijaz Ahmed mangsa gangguan hormon. Dia mengalami masalah ortopedik yang menderita kaki kanannya selepas dia menjalani pembedahan untuk tulang patah hip. Sebagai seorang petani dari keluarga luar bandar, dia pergi kepada pekerja sosial Pakistan, Talat Mehmood, yang membantunya berhubung dengan Qamruddin Ansari, pengurus untuk Ghulam Shabbir, bekas pemegang Rekod Guinness untuk pembuat saiz kasut terbesar , dan Allahyarham Alam Channa, manusia tertinggi di dunia pada masa itu untuk mendapatkan sedikit bantuan.

orang tertinggi ddunia
Oh saya nampak ketot dicitu,,,diparas pinggang je.

Pengantin tak ketinggalan juga bergambor. Heee.


Actually kesian tengok dia berjalan. Macam susah ja. Guna tongkat, Maybe sebab  terlalu tinggi dan tulang belakang dia tak mampu tanggung kot kan. Hasil carian dari google,liza dapat taw yg beliau ni penah terlibat dalam kemalangan.sewaktu di Pakistan.dan mengalami cedera ringan. Kalau anda terjumpa dia nanti,sedekahkan lah yang termampu yer,sebab beliau memerlukan wang untuk tanggung kos rawatan lanjutan dari kemalangan aritu,

Okeh lah,setakat ni ja share tentang pengalaman bertemu orang tertinggi di dunia ni.Sampai ketemu lg, Assalamualaikum :)



Friday, 7 November 2014

Kulit muka bak gunung berapi



j

Dari jauh nampak cantik, dalam gambar pun gebu jer nampak bak neolofa mai dekat.. alamak... kulit muka bak gunung berapi? penuh dengan jerawat dan parut. Aduhaii..masalah kan?

Liza sendiri penah alamai masalah ni. Akibat salah guna produk. Alhamdulillah Shaklee membantu memulihkan kembali kulit muka liza.Disini liza nak cerita sikit mengenai cara utntuk cegah jerawat. jum tengok.

Diantara tips yang boleh diamalkan untuk mencegah jerawat ini adalah:


  1. Pencucian muka menggunakan produk pencuci muka antibakteria.
  2. Jika menggunakan produk rawatan jerawat, sapukan juga pada kawasan yang terdekat dan bukannya ditempat yang ditumbuhi jerawat sahaja.
  3. Amalkan penggunaan produk yang mengandungi asid salisilik yang mampu membersihkan pori dari kekotoran. 
  4. Penggunaan alat solek atau penjagaan muka non-comedogenic supaya tidak berlaku iritasi ataupun alergi pada kulit.
  5. Membuat rujukan kepada pakar dermatologi tentang cara membuang bintik hitam tanpa meninggalkan kesan parut.
  6. Elakkan menyentuh muka tanpa memastikan tangan itu bersih terdahulu. Ini kerana tangan merupakan anggota badan yang paling banyak mempunyai bakteria.
  7. Jangan sesekali memicit jerawat kerana ianya boleh meninggalkan kesan parut.
Okeh dah taw cara untuk cegah jerawat tu leh la amalkan selepas ni. Terutama tips terakhir iaitu jgn picit jrawat. liza taw rmai yg alami masalah suka picit jrawat kan. hehehe. Jadi cuba elak okeh kalo xnak kulit muka bak gunung berapi!!

Bagi yang mahu dapatkan produk Shaklee ini,anda boleh hubungi saya di Pm/Email/Whatsapp/wechat/line/telegram liza : 017-4342965 facebook : https://www.facebook.com/laliza89 pages : https://www.facebook.com/Gurunsid : https://www.facebook.com/falizashop2013 email : ku_marzaliza@yahoo.com cod : sekitar sg petani.gurun dan sewaktu dengannya,

Cara Betul makan Omega Guard Shaklee

Jika sebelum ni liza bercerita mengenai promosi Omega Guard Shaklee di entry ini maka harini liza nak bagitau cara makan omega guard untuk daya tumpuan kanak-kanak dan untuk orang dewasa yg berniat untuk kurus.

CARA MAKAN OmegaGuard UNTUK KANaK-KANAK
  • Anak seawal usia 1 tahun selamat untuk diberikan OmegaGuard
  • Bilangan kapsul yang boleh diberikan adalah 1 kapsul sehari
  • Kapsul OmegaGuard ini diperbuat daripada gel lembut yang halal. Ia mudah ditelan dan mudah larut
  • Jika anak tidak boleh menelan kapsul, gel OmegaGuard boleh dicucuk dan diberi makan dengan sudu
  • Bagi anak yang memilih makanan, pecahkan gel OmegaGuard untuk dicampurkan ke dalam makanan atau susu 

PERLU DIINGAT!!
OmegaGuard mesti disimpan pada suhu rendah untuk mengekalkan khasiatnya. Elok di letak dalam chiller peti sejuk


CARA MAKAN OmegaGuard UNTUK KURUS (bagi orang dewasa)
  • OmegaGuard tidak boleh dimakan melebihi 6 kapsul sehari. 
  • Mesti diambil SELEPAS MAKAN untuk membantu memecahkan lemak sejurus selepas makan.
  • Boleh makan 3 biji selepas makan tengahari dan 3 biji selepas makan malam.
  • Saintis Jepun telah membuat kajian dan hasilnya Omega 3 menghalang pembentukan lemak tidak sihat dan membantu pembakaran lemak




Bagi yang mahu dapatkan produk Shaklee ini,anda boleh hubungi saya di Pm/Email/Whatsapp/wechat/line/telegram liza : 017-4342965 facebook : https://www.facebook.com/laliza89 pages : https://www.facebook.com/Gurunsid : https://www.facebook.com/falizashop2013 email : ku_marzaliza@yahoo.com cod : sekitar sg petani.gurun dan sewaktu dengannya,

Thursday, 6 November 2014

Tahukah anda khasiat alfalfa selain dari detox?

Selalu kita dengar ALFALFA ni untuk KURUS saja kan? Tahukah anda ALFALFA INI mempunya 1001 khasiat. Baik untuk wanita mahupun lelaki. Okeh jadi pada entry kalini liza akan khususkan setiap 1 kebaikan ALFALFA SHAKLEE untuk tujuan detox, kemudian kebaikan untuk wanita,lelaki dan umum.



pertama :AGEN DETOX
- Mencuci usus bagi membuang toksik
- Membantu dalam masalah penghadaman dan pencernaan
- Melegakan sembelit
Terkenal sbg purifier utk hati dan darah daripada bahan kimia dan logam
- Cuci buah pinggang, cuci kencing kotor
-Membuang angin dalam badan
- Menghilangkan kelesuan, keletihan
- Melegakan alergi dan ekzema
- Meneutralkan asid dlm badan



Kedua: WANITA

- Bertindak sebagai kacip fatimah (PERAPAT)
- Melegakan masalah keputihan
- Membantu masalah wanita yang sering 'kering' ketika bersama
- Milk Booster
- Melegakan urat selepas bersalin
- Memberi kelegaan semasa haid
- Membesarkan dan menegangkan payudara


Ketiga: SUAMI
Meningkatkan STAMINA LELAKI


Keempat: UMUM
- Melegakan sendi dan urat
- Mengurangkan resdung
- Merawat ulser
- Merawat athma
- Mengurangkan migrain
- Mengelakkan gastrik
- Sumber vitamin K (Mengurangkan pendarahan gusi dan hidung)
- Mengurangkan pengekalan air berlebihan dlm pundi kencing
- Merendahkan tahap kolestrol
- Menstabilkan paras gula dalam darah
- Mengatasi kesan sampingan kimoterapi

Bagi yang mahu dapatkan produk Shaklee ini,anda boleh hubungi saya di Pm/Email/Whatsapp/wechat/line/telegram liza : 017-4342965 facebook : https://www.facebook.com/laliza89 pages : https://www.facebook.com/Gurunsid : https://www.facebook.com/falizashop2013 email : ku_marzaliza@yahoo.com cod : sekitar sg petani.gurun dan sewaktu dengannya,

Kebaikan Bermadu..

Kebaikan bermadu? Jangan salah anggap ya!. madu yg diminum tu yer... bukan madu lagi satu tu, Huhuuu... Mungkin ramai yang belum tahu,khasiat dan kebaikan madu ni. Jom kita tengok.



Opssss...bukan madu ni yer. ehhehe



                                 
Madu yang ini yer... madu asli. hehehe.

Madu adalah salah satu penawar yang tertua di dunia. Walaupun rasanya manis, ia mengandungi pelbagai khasiat dan manfaat untuk manusia.

Madu mempunyai 1,001 kebaikan dan khasiat. Tidak dinafikan madu sa­ngat baik untuk sistem badan kita. Namun, sejauh manakah kita tahu khasiat madu? 
Khasiat madu lebah bagi tujuan perubatan sememangnya diketahui umum. Hari ini madu lebah dianggap penting dalam industri penjagaan kesihatan yang meliputi setiap lapisan masyarakat tanpa mengira usia. 

Menurut Dr Susan Percival dari Jabatan Nutrisi Manusia dan Sains Makanan, Universiti Florida, Amerika Syarikat (AS), madu mengandungi pelbagai kandungan mineral dan vitamin seperti B6, tiamina, miacin, ribotlorina dan asid pontohenic.





Berikut adalah beberapa kebaikan madu yang boleh kita peroleh:

Melegakan sakit tekak dan batuk

Sejak beribu-ribu tahun lamanya, madu sering dikenali sebagai penawar semula jadi untuk mengurangkan sakit tekak dan batuk. Ini kerana madu mempu­nyai sifat antibakteria yang­ mampu menghalang jangkitan bakteria dan mengurang­kan kesakitan.


Merawat luka dan cedera ringan

Sebelum penciptaan peti kecemasan atau ‘first aid’, madu sering digunakan untuk merawat luka dan kecederaan ringan.

Dengan sifat antibakteria di dalamnya, madu mampu menghalang pembentukan bakteria pada kawasan yang cedera dengan berkesan dan mempercepatkan proses penyembuhan.


Baik untuk sistem pencernaan badan

Masalah kembung perut dan angin sering mengganggu kita. Anda boleh mengambil madu kerana mempunyai kesan laksatif yang mampu mengelakkan sembelit dan masalah tidak lawas. Selain itu, madu juga efektif untuk melegakan sakit perut dengan pengambilan dos tertentu.


Menjadikan kulit lebih cantik

Vitamin dan mineral yang terkandung di dalam madu boleh mencantikkan, melembap dan menghaluskan kulit. Untuk wanita yang baru melahirkan anak, mereka disyorkan me­ngambil madu bagi menganjalkan kembali tubuh supaya kelihatan lebih cantik seperti sedia kala.


Kegunaan lain

Jika disapu pada rambut dan kulit kepala, madu boleh melebatkan rambut, membunuh kutu dan menghilang­kan kelemumur. Jika digunakan untuk meng­gosok gigi, ia boleh memutihkan dan mengilatkan gigi.

Bahan aktif di dalam madu yang dipanggil eucalyptol mampu bertindak sebagai antiseptik untuk mencegah jang­kitan kuman dan kulat.


Kebaikan madu dari sudut perubatan Islam

Madu memang dijadikan ubat dalam perubatan Islam berdasarkan dalil di dalam al-Quran dan hadis Nabi.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia,” (Al-Nahl 16:68)
Sabda Rasulullah SAW “Barang siapa minum madu setiap bulan dengan niat mengikut nasihat al-Quran, maka Allah SWT akan me­nyembuhkannya daripada 77 penyakit.

“Barang siapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu.

“Sebaik-baik minuman ialah madu kerana ia dapat memusatkan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”.

Seperti perubatan moden, kaedah mengambil madu perlu diambil mengikut dos yang ditetapkan sesuai dengan penyakit dialami. Jika dosnya kurang, ia tidak mengurang­kan sakit. Jika dosnya berlebihan pula, ia boleh membahayakan badan dan menimbulkan masalah lain.

Untuk kes tertentu, pesakit perlu menambah dos madu sehingga mencapai tahap penyakitnya boleh sembuh dengan izin Allah SWT.

Terdapat satu kisah Rasulullah SAW menyuruh seorang lelaki meminum madu untuk mengubati sakit perutnya.

Lelaki itu hanya me­ngambil dalam dos yang sama sebanyak beberapa kali. Ini menyebabkan sakitnya tidak pulih kerana dos madu yang diambil tidak mampu untuk membuang kotoran sepenuhnya di dalam perut.

Selepas lelaki itu datang kepada Rasulullah SAW dan mengadu sakitnya belum pulih, Rasulullah SAW sangat faham dos yang diambil lelaki itu tidak mencukupi.

Nabi menekankan bahawa lelaki itu perlu terus menambah dos madu sehingga mencapai dos sesuai untuk merawat penyakit.

Dengan manfaat dan amalan perubatan dari dunia moden dan alternatif seperti perubatan Islam, madu tidak syak lagi adalah makanan yang bermanfaat untuk kesihatan kita. Inilah masanya kita mendapatkan kebaikan daripada khazanah alam ciptaan Allah SWT yang tidak ternilai harganya.