Menyulam cinta halal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 11 November 2014

Kes Buli menjadi-jadi,apa peranan ibubapa? Part 2

Okeh entry kalini adalah kesinambungan dari entry sebelum ini iaitu entry ini. Okey,straight to the point jum kita tengok langkah ke 5 dan seterusnya.


Langkah 5 - Guna masa positif bersama anak

a.    Cuba berusaha untuk mencari masa yang positif bersama anak daripada kebiasaan. 
b.    Galakkan anak bercakap mengenai dirinya dan perasaannya. 
c.    Tanya anak mengenai aktiviti yang telah berlaku. 
d.    Banyakkan memberi pujian kepada anak. 
e.    Beri peluang kepadanya untuk melakukan yang terbaik.- conthnya membantu ibu bpa membuat kerja rumah, membuat tanggungjawab baru atau menunjukkan kemahiran atau bakat baru.

elak buli

Langkah 6 - Beri kemahiran menahan diri

a.    Bantu anak mempunyai kemahiran menahan diri (resistance). 
b.    Buat main peranan kepada anak apa yang perlu diperkatakan dan lakukan apabila berjumpa pembuli. Disini ada beberapa idea awal:•    berdiri tegak dan lihat matanya, dan cakap dalam suara tegas dan yakin, “Tinggalkan saya!” atau “Tolong jangan buat! Saya tak suka!” 
•    beritau tentang sesuatu yang lawak ( Tetapi jangan  melakukan sesuatu yang menyindir atau make fun of the bully)
•    tenang dan berjalan terus. Elok pergi ke arah orang ramai atau kumpulan rakan anda. 
•    jika anda rasa ada bahaya , LARI sekuat hati.
•    beritau orang dewas. 
•    Juga sentiasa berdoa kepada Allah  SWT untuk mengelakkan perkara buru. Bagi anak Muslim bacalah Allah Akhbar, Ayat Kursi.Minta anak anda bertanyakan kepada guru atau kaunselor di sekolah jalan penyelesiaan yang lain. Tanya juga kepada anak anda lain-lain cadangan. Banyak candagan adalah suatu yang baik dan hebat jika ia berkesan.


Langkah 7 - Beri kemahiran sosial

a.    Cuba hantar anak anda ke kelas yang mengajar: 
i.    kemahiran asertif, 
ii.    kemahiran bersahabat,
iii.     kemahiran menahan diri( self-defense).PENTING: Kelas pertahanan diri bukanlah untuk menjadi seorang yang agresif. Ia mengajar anak-anak mengenai bagaimana mengelakkan konflik melalui disiplin diri, kawal diri, dan membaik yakin diri.  Kebanyakkan seni pertahanan diri mengajar mengenai pertahanan yang tidak ganas. ( non-violence).b.    Sekiranya anak anda kurang mempunyai rakan, aturkan supaya dia boleh mengikuti kelab remaja dan lain yang disukainya. Ini membantu meningkatkan yakin diri dan membina kemahiran sosial. Anak-anak yang yakin dengan kemahiran bersosial jarang dibuli.


cara atasi buli

Langkah 8 - Berdoa kepada Tuhan yang ESA

1.    Selalulah berdoa kepada Allah SWT untuk mendapat petunjuk. 

Doa adalah memohon sesuatu kepada Allah Tuhan yang Esa. Amalan berdoa disuruh Allah dalam firman bermaksud:“Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.  Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina.” (Surah Ghafir, ayat 60)Doa adalah kekuatan dan harapan. Hadith Nabi Rasulullah SAW bermaksud:            “Doa itu senjata orang mukmin

No comments:

Post a Comment