Menyulam cinta halal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 10 November 2014

Peluang berjumpa Orang tertinggi didunia

Alhamdulillah.. semalam dah berlangsung majlis bertandang adik ipar liza. Syukur semuanya berjalan dengan lancar walaupun di awal pagi hujan turun dan sedikit lecah, Okeh entry kalini bukan nak cerita tentang kenduri tapi tentang pengalaman liza berjumpa dengan orang tertinggi di dunia,Ajaz Ahmed.

Beliau datang atas jemputan dari adik ipar sendiri,maybe adik ipar ada kenalan kot..liza pun xtaw. Tiba2 hari kenduri dia dh mai, memang excitedddd. Selalu tengok lam internet n tv ja, ni dapat tengok live. hehhe,, Tak lepas peluang untuk ambil gambar, :)

Di bawah ini ada serba sedikit biodata mengenai beliau.

Ijaz Ahmed (juga dikenali sebagai Ajaz Ahmed, lahir 1976) adalah seorang petani Pakistan, dan juga adalah orang kedua tertinggi di dunia. Beliau berasal dari kampung Bakkhar dalam Daryakhan, Punjab, dengan ketinggian 8 kaki dan 4 inci. (254cm).kata MC,manusia tertinggi dunia wat masa skrg ni adalah beliau .. jika sebelum ni ijaz ni orang ke-3 paling tinggi kat dunia selepas Bao Xishun dari China a Former tallest man recognized by Guiness World Record at 2.36m   (7 ft 9 in)]. Tapi dengor2 gosip,, Guiness World tak iktiraf Ijaz sebab dia beragama Islam.. tak tahu lah betul atau tak. Kalau betul kesian kan. hemm hemmm

 Ijaz Ahmed mangsa gangguan hormon. Dia mengalami masalah ortopedik yang menderita kaki kanannya selepas dia menjalani pembedahan untuk tulang patah hip. Sebagai seorang petani dari keluarga luar bandar, dia pergi kepada pekerja sosial Pakistan, Talat Mehmood, yang membantunya berhubung dengan Qamruddin Ansari, pengurus untuk Ghulam Shabbir, bekas pemegang Rekod Guinness untuk pembuat saiz kasut terbesar , dan Allahyarham Alam Channa, manusia tertinggi di dunia pada masa itu untuk mendapatkan sedikit bantuan.

orang tertinggi ddunia
Oh saya nampak ketot dicitu,,,diparas pinggang je.

Pengantin tak ketinggalan juga bergambor. Heee.


Actually kesian tengok dia berjalan. Macam susah ja. Guna tongkat, Maybe sebab  terlalu tinggi dan tulang belakang dia tak mampu tanggung kot kan. Hasil carian dari google,liza dapat taw yg beliau ni penah terlibat dalam kemalangan.sewaktu di Pakistan.dan mengalami cedera ringan. Kalau anda terjumpa dia nanti,sedekahkan lah yang termampu yer,sebab beliau memerlukan wang untuk tanggung kos rawatan lanjutan dari kemalangan aritu,

Okeh lah,setakat ni ja share tentang pengalaman bertemu orang tertinggi di dunia ni.Sampai ketemu lg, Assalamualaikum :)



No comments:

Post a Comment