Menyulam cinta halal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 6 November 2014

Elak kelahiran bayi pramatang

Harini nak cerita tentang punca kelahiran bayi pra-matang. Kebetulan,selasa yang lepas dapat berita dari ofismate yang air ketuban dah pecah padahal usia kandungan baru 8 bulan,and risau takut kena paksa bersalin (operate). Alhamdulillah.. ofismate liza xkena operate sebab keadaan dah stabil. Jadi liza google2 lah mengenai punca kelahiran bayi pramatang ni. Jum kita tengok.



PUNCA KELAHIRAN BAYI PRAMATANG



 Kelahiran pramatang mungkin berlaku kepada semua ibu mengandung, malah kepada mereka ynag sihat dan melakukan perkara yang betul. Kebanyakkan waktu kelahiran pramatang berlaku secara mendadak sebelum waktu bersalin dan puncanya tidak diketahui. Bagaimanapun, faktor risiko seperti dibawah mungkin memberi risiko yang tinggi kelahiran pramatang:

1.Terdapat sejarah dalam keluarga yang mempunyai kelahiran pramatang.
2.Sesetengah komplikasi mengandung seperti pre-eclampsia (tekanan darah tinggi dan terdapat protein dalam urine) dan berlaku ‘placenta abruptio’(placenta dan dinding rahim terasing sebelum bersalin).
3.Terdapat jangkitan seperti jangkitan pundi kencing, jangkitan rahim dan jangkitan pada ginjal.
4.Kecacatan pada bayi, cervik, rahim dan plasenta.
5.Merokok, penyalahgunaan alkohol dan dadah semasa mengandung.
6.Kehamilan kembar.
7.Membrane pramatang yang telah pecah: Lelehan keluar sebelum waktu kelahiran.
8.Tidak kemampuan bahagian cervical untuk menutup dengan rapat. Keadaan ini mungkin boleh dirawat dengan menggunakan cervical cerclage.
9.Kekurangan rawatan untuk penjagaan kehamilan.
10.Kekurangan berat badan sebelum mengandung.
11.Hamil ketika umur dibawah 18 tahun atau lebih 40 tahun.



RISIKO TERHADAP BAYI


Seperti kenyataan di atas, bayi pramatang cenderung untuk menghadapi masalah kesihatan untuk jangka masa panjang atau masalah seumur hidup. Semakin awal bayi anda dilahirkan, semakin tinggi risiko masalah kesihatan yang akan dihidapi. Risiko bayi pramatang ialah termasuk:
1.Sindrom kesukaran bernafas. Bayi yang baru lahir memerlukan sokongan ventilator.
2.Kesukaran untuk makan dan mengekalkan kepanasan badan. Bayi baru lahir memerlukan penjagaan kesiahatn yang sempurna dan sokongan incubator.
3.Berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan.
4.Kematian, bayi terlalu kecil dan tidak kuat untuk hidup.
5.Mempunyai masalah kesihatan jangka masa panjang seperti buta, cerebral palsy, kesukaran belajar dan kesukaran berjalan.


Jadi untuk bakal-bakal ibu.. anda dah tahu punca kelahiran bayi pramatang ni kalau boleh elakkan lah, contoh kalau suami @ anda merokok,kurangkan lah.tak pun berhenti sendiri lagi bagus, Sayangilah kandungan anda, :)

No comments:

Post a Comment