Menyulam cinta halal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 4 November 2014

Kegilaan Fenomena Frozen

Harini nak potpet mengenai kegilaan filem terbaru dari Walt Disney iaitu Frozen. Anda semua dah tengok ka? Liza belum lagi. ketinggalan kan? Sadis sgt... Mula2 liza sendri rasa tak mau tengok pun. ya la kartun kan. rasa macam dah tua nak tengok kartun. mihhh2...

 Tapi lama2 tengok fenomena Frozen semakin mengila. Kanak-kanak macam dah ketagih dengan Frozen,dari beg,baju,kasut semua Frozen je. bukan kanak-kanak ja,rasanya mak ayah pun tumpang sekaki kot. hehe. Seronok sangat ka cerita Frozen ni? Jadi... Liza pun download la cerita ni kat henfon. jimat. Hehehe. Tak sabar pulak nak balik tengok malam ni. Yipppiii!!! Meh tengok sikit sinopsis filem Frozen.

Sinopsis Filem Frozen



Filem ini mengisahkan dua adik beradik iaitu Puteri Anna dan Puteri Elsa yang tinggal di istana Arendelle dan hubungan mereka berdua sangat rapat ketika itu.
Filem Frozen yang menghiburkan
Watak utama yang menerajui Filem Frozen.
Dari kiri: Elsa, Kristoff, Olfa(Salji Buatan), Anna dan Putera Hans.

Hubungan mereka mulai regang apabila sihir Elsa terkena pada mata Anna yang menyebabkan jatuh sakit dengan teruk. Sejak peristiwa itu, Elsa cuba menjauhkan diri atau mengasingkan diri dari Anna dengan mengurungkan diri di dalam bilik agar kuasanya tidak menyebabkan orang sekelilingnya ditimpa kecelakaan kerana kuasanya yang semakin hari semakin hebat.

Hanya Elsa sahaja yang mempunyai kuasa. Kuasanya ialah boleh mewujudkan salji.
Selepas kematian ibu bapa, Elsa telah ditabalkan sebagai ratu Arendelle untuk menerajui kerajaan Arendelle. Anna dengan tidak sengaja telah membuat kakaknya Elsa marah dan telah menyebabkan Elsa mengeluarkan sihir yang selama ini  rakyat tidak tahu akan kuasa pada Elsa selama ini.
Kuasa Elsa telah menyebabkan Kerajaan Arendelle dilanda salji yang luar biasa.
Elsa telah melarikan diri dari kerajaan Arendelle dan Anna berusaha mencari Kakaknya Elsa di pergunungan yang penuh dengan salji untuk meminta maaf kerana menyakitinya.
Adakah Anna berjaya memujuk Elsa supaya kembali ke Arendelle dan berjayakah Elsa mengawal kuasanya? Lihat sendiri di pawagam berdekatan untuk mengetahui jawapannya.

frozen

info dari sinopsis frozen

Tak sabornyer nak balik tengok, Nak bagi berapa bintang eh agak2..?? Huhuhu.





4 comments:

  1. Kita tenguk Frozen waktu first time dia keluar wayang.. cari2 nak tenguk citer apa..last2 tenguk jela citer kartun pun.. memang berbaloi..hehehe..bagus jugak bile tak tahu nk tenguk citer apa ni..

    klik di sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeker,
      tengah sedih ni, dah download. xleh tengok pulak, :(

      Delete
  2. Frozen ni memang fenomena di kalangan anak-anak.. Macam anakku juga dari baju, beg macam-macam lah semua nak Frozen

    kongsi Resepi Milkshake tak jual di kedai

    ReplyDelete
    Replies
    1. liza bru lepas tengok.
      bnyak sgguh lagu. mcm hndustan dah. hehehe.

      Delete