Menyulam cinta halal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 10 November 2014

Kes Buli menjadi-jadi,apa peranan ibubapa?

Masyarakat baru-baru ini dikejutkan dengan penyebaran video pelajar membuli. Liza sendiri dah tengok video tu dan rasa sedih sangat. Kesian tengok mangsa yang tak bersalah merayu minta dihentikan diperlukukan sebegitu. Tak boleh bayangkan kalau perkara ni jadi pada anak-anak atau kaum keluarga. :(

Liza percaya ramai ibubapa sebolehnya tidak mahu perkara ini (buli) berlaku kepada anak-anak mereka kan. Disini liza share kan serba sedikit mengenai tips untuk ibu bapa yang anak mereka menjadi mangsa buli.


Langkah 1 - Percayalah kepada anak anda

Tanya secara khusus dan tulis maklumat tersebut. Soalan seperti: 
•    Siapa yang membuli?
•    Apa yang dilakukan? 
•    Di mana ia dilakukan?
•    Bila ? 
•    Bagaimana boleh berlaku?
•    Siapakah orang lain yang bersama?
•    Apakah perasaaan ketika itu?



mangsa buli

Langkah 2 - Tanyalah kepadanya

Sekiranya mereka tidak mahu bercakap tentang hal dia dibuli. Kebanyakkan kanak-kanak tidak mudah untuk memberitahu: Mereka merasa malu, atau takut. Ambil inisiatif. tanya secara khusus dan tulis maklumat tersebut.Cuba mendekati mereka secara tidak langsung. Beberapa soalan ini dapat membantu:
•    “Okay, siapa yang suka buli di kelas?”
•    “Bagamaina kamu tahu dia itu seorang pembuli? Apakah yang dilakukan olehnya?”
•    “Apakah pandangan kamu terhadap orang yangkena buli?”
•    “ Siapakah orang yang selalu dibuli sepanjang masa?”
•    “Adakah pembuli itu pernah buli kamu?”
•    “Apakah yang selalu dikatakan atau dilakukan oleh pembuli? Bagamaiman perasaan kamu bila dibuli?”


Langkah 3 - Perkara yang perlu di ELAKKAN

a.    Elakkan dari konfron pembuli atau ibu bapa pembuli. Ianya mungkin tidak membantu malah mungkin menambah masalah.
b.    Elakkan menyuruh anak “ balas balik”. Pembuli selalunya lebih kuat dan lebih berkuasa daripada mangasa. Anak tuan/puan mungkin cedera.
c.    Elakkan menyalah anak. Selalunya bukanlah kesalahan mangsa buli dalam kes buli.

d.    Elakkan berjanji merahsiakan kes buli. Ini akan memberi kebenaran kepada pembuli untuk terus membuli. Sebaiknya katakan kepada anak bahawa tuan/puan akan menolong dan akan meminta guru untuk membantu menyelesaikan kes buli ini.


mangsa buli



Langkah 4 - Hubungi guru

a.    Hubungi guru  segera jika anak anda menjadi mansa buli
b.    Mohon berjumpa guru secara private ( tiada pelajar lain perlu ada kecuali anak tuan/puan mengetahui mengenai perjumpaan ini). 
c.    Bawa maklumat bertulis yang diambil dari anak dan berkongsi dengan guru. 
d.    Minta pandangan guru (guru mungkin tahu lebih tentang buli). 
e.    Minta satu salinan mengenai polisi anti- buli sekolah. 
f.    Beradalah dalam keadaan tenang dan penuh hormat.: Guru anak tuan/puan akan membantu.
g.    Tanya guru apakah yang akan dilakukannya. Elok lebih khusus. Apa yang anda mahu dari guru: 
•    mahu kes buli diberhentikan 
•    mahu tahu kesan yang khusus mengenai buli, dan menggunakannya terhadap pembuli. 
•    bantu pembuli ubah tingkahlakunya.
•    bantu anak tuan/puan mempunyai kemahiran asertif dan katakan tidak kepada buli
•    mengawasi keselamatan anak pada masa akan datang
•    memaklumkan kepada anda tindakan yang akan diambil dan perkembangan perkara tersebut. 
 PENTING- Menyelesaikan masalah buli mengambil masa. Cuba bersabar. Guru perlu berbincang dengan anak tuan/puan, bercakap dengan pembuli, bercakap dengan rakan-rakannya yang menyaksikan kes buli ini, dan mengenalpasti penyelesaian yang terbaik kepada semua yang terlibat.


Okeh rasanya sampai takat ni dulu tips yg liza kongsi, Nanti kalau banyak sangat pening pulak nak baca kan? Tips seterusnya akan liza kongsi di next entry, Sampai ketemu lg ye! :)





No comments:

Post a Comment