Menyulam cinta halal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 3 November 2014

Tips elak perut buncit, kaum isteri wajib tahu

Harini nak share tips paling hot,iaitu untuk elak perut buncit.. Kaum wanita terutamanya sering mengalami masalah perut buncit kan? slepas beranak,sibuk dgn anak2,xsempat nk jga pemakanan. liza yg belum mengandung ni pun kalo makan lebih skit spare tyre mula la muncul. hihiii. Jaga2...,jgan smpai suami complain yerr... sentap nanti! hehehe.. jum jangan lengahkan lagi,mari kita praktikkan petua2 ni.





Ti[s Elak Perut Buncit


1. Makan buah-buahan setiap hari. Vitamin yang terkandung dalam buahan segar bukan sahaja baik untuk kulit malah mengandungi fiber untuk melancarkan sistem perkumuhan.

2. Minum banyak air, kerana air tidak mengandungi kalori tetapi bersifat mengenyangkan dan melancarkan sistem metabolisme tubuh.

3. Amalkan cara duduk tegak kerana apabila duduk dalam keadaan membongkok, perut bahagian bawah akan kelihatan lebih besar. Untuk melatih otot sentiasa kencang, amalkan mengemut otot perut ketika sedang duduk. Kemudian tarik bahu ke belakang dan dagu ke atas. Sandarkan punggung bawah dekat pada penyandar kerusi. Amalan ini membantu membaiki postur badan anda.

4. Lakukan semua kerja rumah sendiri seperti membersihkan rumah, mengemas bilik tidur atau ketika menonton televisyen, anda boleh melakukan aktiviti mengangkat beban. Ia bukan sahaja dapat membakar 350 kalori sejam tetapi juga turut membakar lemak yang berkumpul pada perut anda.

5. Lakukan senaman latih tubi di rumah ketika mempunyai waktu terluang. Caranya sangat mudah sama ada ketika atau sebelum tidur. Cukup sekadar 10 hingga 15 kiraan setiap hari.. Petua Suri Rumah Untuk Elak Perut Buncit



Mudah saja kan tips2 diatas? Mudah dan tak perlu keluarkan bajet banyak2. Jum amalkan,elak perut buncit,kembali selim melimmm lah yer! :D


4 comments:

  1. tekan tubii atau st up memang berbaloi baloi kalau konsisten.. haha
    PROJEK KURUS BERSAMA CIK VITA

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpenah brjaya wat st up.
      berat sgt kot. huhu

      Delete
  2. jeles dengan che ta yang body masih mantop..wajib bersenam la kalau gini..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanny pon apa kurangnya.
      sweet 17th gitu...hehehe.

      Delete